JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima lima laporan polis setakat hari ini berhubung kekecohan dalam satu ceramah politik anjuran parti MUDA di Parit Jawa, Muar, Ahad lalu..

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang mengesahkan perkara itu, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

"Kita akan maklum nanti (perkembangan). Buat masa ini, polis akan jalankan siasatan," katanya ringkas menerusi Whatsapp kepada Bernama, hari ini.

BACA: Ceramah Syed Saddiq dicemari provokasi

BACA: Pemuda UMNO Muar nafi terlibat insiden provokasi ceramah Muda

Terdahulu, ceramah yang membariskan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA itu diganggu oleh sekumpulan anak muda menaiki motosikal yang didakwa cuba menimbulkan provokasi.

Difahamkan beberapa parti politik telah membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan tersebut.

-- BERNAMA