Polis Johor menerima enam laporan polis berhubung kes penyalahgunaan surau di Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim akan menjalankan siasatan segera berhubung kes itu.
Beliau yang ditemui pada sidang media di ibu pejabat kontijen Johor Bahru, turut meminta kerjasama orang ramai terutama pengendali blog supaya menghentikan sebarang spekulasi berkaitan penyalahgunaan surau terbabit.
Ia bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci.
Pihaknya juga sudah mengeluarkan arahan kepada ketua polis daerah Kota Tinggi supaya mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mententeramkan keadaan.
Sementara itu, polis Johor juga menerima empat laporan polis berhubung penghinaan dalam laman sosial Facebook yang memaparkan gambar ketupat, lemang beserta kepala khinzir dengan ucapan ‘For Malay Muslim’.
Mohd Mokhtar berkata pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijangka diperolehi esok bagi melakukan siasatan lanjut terhadap pemilik akaun bernama Alan Tang.
Astro Awani
Tue Aug 13 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis Johor terima enam laporan berhubung penyalahgunaan surau
Ketua Polis Johor berkata pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung kes itu.