JOHOR BAHRU: Polis menyiasat dakwaan beberapa pekerja syarikat bas ekspres bertindak kasar dan tidak sopan terhadap seorang penumpang di Terminal Bas Larkin di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata siasatan itu dilakukan susulan video tular di media sosial berdurasi 45 saat yang memaparkan kejadian itu dan laporan polis seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan penumpang terbabit.
Beliau berkata kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara penumpang dan empat pekerja syarikat bas ekspres itu.
"Hasil siasatan awal kita mendapati punca kejadian berlaku disebabkan pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja bas itu menukar bas ekspres VVIP kepada bas ekspres biasa.
"Harga tiket bas ekspres yang dibeli adalah pada harga RM95 dan tidak setanding dengan keadaan bas yang hendak ditukar dan menyebabkan perselisihan faham berlaku," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dan mengenal pasti empat individu itu dan akan memanggil pihak syarikat bas terbabit untuk membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, tiga video berdurasi antara 31 dan 45 saat tular di media sosial menunjukkan rakaman pertelingkahan antara empat individu dengan seorang penumpang bas VVIP yang dipercayai membeli tiket dari Terminal Bas Larkin ke Butterworth, Pulau Pinang dengan harga RM95, namun setelah bas tersebut keluar daripada terminal itu, pekerja syarikat bas telah mengarahkannya menukar kepada bas persiaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara penumpang dan empat pekerja syarikat bas ekspres itu. - Gambar/ Media sosial
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Pencemaran bau kimia: Polis tahan pemandu, kelindan lori di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki yang juga pemandu serta kelindan lori yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di sekitar daerah ini, sejak awal bulan ini.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.
Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.
Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.
Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.
Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.