KOTA TINGGI: Polis Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 12,200 karton rokok putih bernilai RM1.83 juta hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan sekitar jam 3.20 pagi itu turut membawa kepada penahanan terhadap dua lelaki tempatan berumur 31 dan 47 tahun yang menaiki lori terbabit.
"Sepasukan polis diketuai pasukan Task Force Op Kontraban JSJN Johor telah menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit.
"Hasil pemeriksaan di dalam lori tersebut telah menjumpai kotak-kotak berisi rokok seludup yang tidak dibayar cukai.
"Salah seorang daripada suspek turut ditahan di tempat kejadian kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Menurut beliau lagi, pihak polis membuat rampasan terhadap lori dan 244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok terbabit.
Katanya, kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 kanun keseksaan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi, arak dan rokok yang menyebabkan kerugian kepada hasil dalam negara.
"Polis Kontinjen Johor memberi amaran kepada mereka yang masih terlibat dalam pelanggaran undang-undang ini agar menghentikan kegiatan ini atau diambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya lagi.
Jelas Kamarul, sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan boleh disalurkan kepada Urusetia Task Force Kontinjen Johor di talian 019-2396318 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Aiman Hakeem Awazmin
Sat Aug 20 2022
Polis Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 12,200 karton rokok putih bernilai RM1.83 juta.- PDRM Johor
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
PGA9 gagalkan cubaan seludup 150,000 rokok
Rampasan dilakukan selepas anggota yang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.
Kastam Negeri Sembilan rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan menumpaskan sindiket pengedaran rokok dan bir tidak sah dianggarkan bernilai lebih RM600,000.
Kastam Kelantan rampas rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk cukai
Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta
JKDM Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor.
Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini
Kastam Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM5.98 juta.
Kastam Perak rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Abdul Ghafar berkata, ia adalah rampasan terbesar di Perak tahun ini, hasil risikan selama seminggu.