KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.
"Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Suffian mengeluarkan kenyataan itu selepas kumpulan peguam Lawyers Of Liberty mengecam tindakan polis menahan kedua-dua pelajar pada Jumaat lepas.
Beliau berkata kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk nasihat serta pandangan.
Semalam, media melaporkan polis menahan dua remaja selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun pada 10.53 pagi Jumaat berhubung video tular memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan bagi mata pelajaran Sejarah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis ikut undang-undang tahan dua pelajar tak puas hati kertas soalan SPM
Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.