Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan semasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam berkenaan isu PDRM mempunyai hak menyemak telefon bimbit orang awam, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap tajuk-tajuk utama yang telah disiarkan oleh pihak media.
"Pemeriksaan telefon bimbit tersebut hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia seperti Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 (Akta 15), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747), Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769).
Beliau berkata orang awam boleh menghubungi Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM di talian hotline 1-800-880-222, e-mel ke aduan.tt@rmp.gov.my atau faks ke 03-22667080 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau salah laku berhubung perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 19 2019
Pemeriksaan telefon bimbit tersebut hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang. - Gambar hiasan
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis hanya boleh minta telefon bimbit milik orang yang disyaki
Polis hanya boleh meminta telefon bimbit milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan dan bukan orang awam secara rambang.