KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mana-mana individu yang menyertai pelaburan XFox Mix Biz untuk segera tampil dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pemilik syarikat yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim pelaburan tersebut.
"Beliau telah menafikan pengetahuan mahupun penglibatan syarikatnya itu dengan skim pelaburan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan seumpama itu, PDRM mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.
"Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut daripada sumber-sumber rasmi seperti Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997, portal Semak Mule, senarai amaran Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.
"Selain itu, semakan terperinci dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu sentiasa dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
![Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
PDRM mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
![Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan
JSJK Bukit Aman menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim itu.