Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat walaupun berlaku tembakan rambang dua hari lepas dan penemuan bom serta 20 butir peluru semalam.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebar melalui khidmat SMS mendakwa kononnya akan berlaku kekecohan.
"Pihak polis telah memperhebatkan rondaan dan operasi mencegah jenayah di sekitar daerah itu bagi menjamin keselamatan awam...orang ramai juga tidak perlu bimbang dan panik.
"Ketika ini, polis giat menjalankan siasatan kes tembak serta penyebaran khabar angin itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.
Terdahulu, Abdul Rahim menerima pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Abdul Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas kes enam lelaki yang cedera apabila dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang di Taman Kasawari, Simpang Ampat 24 Ogos lepas dan penemuan bom serta 20 butir peluru hidup berikutan penahanan enam orang di Machang Bubuk, awal pagi semalam.
Sementara itu, beliau berkata sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas, seramai 2,490 orang telah diperiksa dan 36 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di negeri ini.
"Saya harap rakyat negeri ini terus memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah," katanya.
Bernama
Mon Aug 26 2013


DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Mayat tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat dalam beg
Mayat seorang wanita tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian sebelum dicampakkan ke kawasan belukar berhampiran Surau Al-Aslah, Kebun Bungah pagi tadi.

Polis siasat insiden suspek terjun bangunan ketika masih digari
Polis Pulau Pinang hari ini telah mengadakan siasatan kes kematian seorang lelaki yang didakwa melompat dari bangunan ibu pejabat polis negeri itu ketika beliau disoal siasat.

Polis: Daerah Seberang Perai Selatan masih selamat
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat.

Polis nafi tidak ikut SOP operasi lima lelaki ditembak mati
Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan anggota keluarga lima geng kongsi gelap yang mati ditembak bahawa anggota keselamatan tidak mengikut SOP.

Dua lelaki maut ditembak di Bukit Tambun
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.

Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Polis selamatkan 21 bayi dari sindiket penjualan
Seramai 21 bayi yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi berjaya diselamatkan polis Pulau Pinang dalam serbuan besar-besaran di tujuh lokasi di seluruh negara malam tadi.

Banduan lolos dipercayai masih di dalam negara
Polis Pulau Pinang percaya baki dua tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis 7 Januari lalu, masih berada dalam negara.
Tiada acara bakar Bible versi Bahasa Melayu di P.Pinang - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu berlangsung di Padang Bandaran Bagan Luar hari ini sebagaimana dihebahkan sebelum ini.

"Jangan percaya ada perhimpunan bakar Bible"
Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.