JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dengan perbuatan mengintai di tandas wanita di sebuah pasar raya di Taman Dahlia, Masai dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis telah mengesan satu video tular berdurasi dua minit 11 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook mengenai seorang lelaki yang mengintai di tandas wanita sebuah pasar raya dekat sini.
“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian berlaku pada 22 Oktober 2023 (Ahad), sekitar jam11 pagi di sebuah pasar raya di sini.
“Pihak polis kemudiannya telah menahan seorang lelaki warga tempatan yang diserahkan oleh orang ramai. Hasil semakan mendapati, suspek yang berusia dalam lingkungan 23 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen kesalahan yang sama hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun.
Sementara itu Mohd Sohaimi berkata, permohonan reman ke atas suspek juga akan dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru pada 23 Oktober 2023 untuk siasatan lanjut.
“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.
“Sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 23 2023
Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan perbuatan mengintai di tandas wanita di sebuah pasar raya di Taman Dahlia, Masai - Gambar hiasan
[TERKINI] JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini dan Isnin.
3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.
AWANI Ringkas: UNICEF anggar 473 juta kanak-kanak tinggal dalam kawasan konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan - Pihak berkuasa
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-CV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
Polis cekup kaki 'skodeng' di Masai
Permohonan reman ke atas suspek juga akan dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru pada 23 Oktober 2023.
Penjawat awam ditahan intai wanita dalam tandas
Seorang penjawat awam hari ini telah ditahan kerana mengintai seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Lelaki Myanmar ditahan selepas rakam gambar kerani wanita buang air
Mangsa berusia 23 tahun itu menyedari perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu ketika sedang membuang air kecil di dalam tandas pejabatnya.
Mengintai, menghendap bakal jadi kesalahan jenayah
Hasil kajian turut mendapati apabila mangsa menerima pelbagai tekanan akibat diintai dan dihendap, terdapat kemungkinan tinggi untuk individu tersebut membunuh diri.