KAJANG: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 malam, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis tersebut telah didatangi suspek yang bersenjatakan parang.
Menurutnya, suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.
"Suspek berang apabila mangsa berusia 21 tahun itu cuba menipu dengan memberi alasan tiada kunci kaunter.
"Suspek telah menengking mangsa serta memaksanya menyerahkan telefon bimbit, wanita itu kemudian melarikan diri ke dalam stor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok sahaja.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 18 2022
Dalam kejadian pada jam 7.20 malam, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang di premis tersebut telah didatangi suspek yang bersenjatakan parang. -Gambar hiasan
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Polis kenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih pada 31 Julai lepas.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.
Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung
Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.
Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau
Sebuah premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih sehingga menyebabkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih pada Selasa.
PRN: Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), kerusi berkenaan dimenangi oleh Bakhtiar Mohd Nor daripada Pakatan Harapan (PH).
Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.
Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka
Suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.
Jenazah Prof Hamidin selamat dikebumikan
Terdahulu, jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih.