BATU PAHAT: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kertas siasatan itu dibuka berdasarkan daripada laporan polis yang telah diterima pihaknya baru-baru ini
“Perkara ini kita ada terima laporan, jadi siasatan kita akan laksanakan. Kita siasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika ditemui ketika lawatan kerja di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Koris di sini pada Isnin.
Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton perseorangan negara S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.
BACA: Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
Pemilik akaun Facebook itu dipercayai didakwa adalah Ketua Bersatu Pasir Puteh, Kelantan yang mana dilihat memberikan kritikan keras melibatkan bangsa atlet badminton berkenaan.
Hantaran Facebook itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada pelayar laman sosial negara ini termasuk kecaman daripada Persatuan Badminton Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton
Sinar Harian
Mon Oct 04 2021

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton negara. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'
Siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Isu syarikat penerbangan: Polis buka kertas siasatan terima lebih 60 laporan
Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan selepas menerima 67 laporan membabitkan skim pelaburan yang dikendalikannya.

PRU15: Polis buka kertas siasatan OKU penglihatan tidak dibenar masuk PPC Titiwangsa
Polis berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak laluan ditutup.

Polis buka kertas siasatan kes video tular layanan pemilik penginapan di Taiping
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

PRN Melaka: Muat naik kertas undi, polis buka kertas siasatan
Tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

PRN Melaka: Polis buka empat kertas siasatan berkaitan berita palsu sejak 4 Okt
Ia termasuk kes penularan berita palsu mengenai SOP PRN Melaka dan penutupan sempadan negeri.

Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.

Dakwaan langgar SOP: Mahfuz minta polis segerakan siasatan keatasnya
Mahfuz berkata beliau tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan terhadap beliau.