KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan selepas menerima 67 laporan membabitkan skim pelaburan yang dikendalikannya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah keseluruhan kerugian berdasarkan laporan berkenaan lebih RM81 juta.
Beliau berkata polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Laporan ini dibuat oleh individu yang melabur di dalam i-Serve, dengan kerugian dianggarkan RM81,609,900 dan kami menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa dalam skim pelaburan ini tampil membuat laporan polis," katanya dalam sidang media khas hari ini.
Sebelum ini, ahli perniagaan bergelar 'Datuk' itu dan tujuh individu lain termasuk peguam syarikat dan pemegang saham ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam pada itu, Ramli turut menasihatkan orang ramai yang ingin menderma untuk rakyat Palestin supaya menyemak kesahihan wakil yang mengurus sumbangan berkenaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Beliau berkata walaupun polis tidak menerima sebarang laporan berhubung penyelewengan wang derma berkenaan, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud pihak yang cuba menangguk di air keruh atas situasi yang terjadi di Palestin dan kemurahan hati rakyat Malaysia.
"Setakat ini tiada undang-undang khusus untuk mengawal kutipan derma bagi bencana yang bukan diurus oleh kerajaan, sebagai langkah kawalan polis menyarankan pihak yang mengutip derma ini didaftarkan dan dikawal selia serta diaudit oleh agensi kerajaan tertentu," katanya.
Menurut Ramli ia penting bagi memastikan derma yang dikumpul disalurkan secara sah kepada penerima sepatutnya.
Pada 24 Okt lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan yang mengutip derma untuk rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Ramli berkata jumlah keseluruhan kerugian berdasarkan laporan berkenaan lebih RM81 juta. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu syarikat penerbangan: Polis buka kertas siasatan terima lebih 60 laporan
Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan selepas menerima 67 laporan membabitkan skim pelaburan yang dikendalikannya.

Trafik penumpang udara Malaysia capai 80.8 juta pada 2023 - MAVCOM
MAVCOM ramal trafik penumpang udara pada 2023 akan berkembang 40 hingga 52 peratus tahun ke tahun.