KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meramalkan trafik penumpang udara pada 2023 akan berkembang 40 peratus hingga 52 peratus tahun ke tahun, iaitu antara 74.6 juta dan 80.8 juta penumpang.
Dalam kenyataan hari ini, katanya ia akan didorong oleh pemulihan pasaran-pasaran utama secara beransur bermula suku keempat 2022 serta perancangan syarikat penerbangan tempatan termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, AirAsia X dan Batik Air untuk memulihkan kapasiti dan meningkatkan kekerapan.
Menurut Laporan Industri Waypoint edisi Disember yang dikeluarkan hari ini, MAVCOM menyatakan bahawa jumlah trafik penumpang memuncak kepada 15.6 juta pada suku ketiga 2022, mencapai jumlah tertinggi sejak penularan pandemik COVID-19.
Suruhanjaya itu menjelaskan, trafik kargo udara pada 2023 diramalkan berkembang antara tiga peratus dan 4.8 peratus tahun ke tahun kepada antara 22.4 bilion dan 22.8 bilion tan kargo setiap kilometer (FTK) berikutan pertumbuhan berterusan sektor e-dagang serta elektrik dan elektronik.
Menurut Indeks Kesalinghubungan Udara MAVCOM, kedudukan Malaysia sebagai negara dengan kesalinghubungan tertinggi di ASEAN pada suku ketiga 2022 jatuh daripada tempat kelima kepada keenam,sebahagiannya disebabkan oleh dasar sifar COVID-19 di China.
Walaupun Malaysia menawarkan lebih banyak tempat duduk dan destinasi antarabangsa, penjadualan peratusan kerusi antarabangsa yang lebih tinggi ke lapangan terbang yang mempunyai pemberat rendah, secara langsung menyumbang kepada penurunan kedudukan itu.
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berada pada kedudukan keempat bagi lapangan terbang dengan kesalinghubungan udara tertinggi di ASEAN, selepas Lapangan Terbang Changi di Singapura, Suvarnabhumi - Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Baharu di Thailand dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Filipina.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim berkata, penyambungan semula dan pengenalan laluan perkhidmatan udara baharu oleh syarikat penerbangan tempatan serta kelonggaran sekatan perjalanan di seluruh dunia telah menyumbang secara ketara kepada pemulihan trafik penumpang ke Malaysia.
Kesalinghubungan udara terus menjadi pemacu signifikan kepada pertumbuhan ekonomi, justeru, beliau berkata penting untuk mengkaji semula kualiti kesalinghubungan udara Malaysia dan menyelaraskan perkembangan masa hadapan industri sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi negara. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berada pada kedudukan keempat bagi lapangan terbang dengan kesalinghubungan udara tertinggi di ASEAN. - Gambar fail

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.