KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan bahawa seorang individu yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU) penglihatan tidak dapat masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen P.119 Titiwangsa untuk menyerahkan borang.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak laluan ditutup.
Beliau berkata satu laporan telah dibuat oleh seorang pegawai kanan polis yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Zon PPC Parlimen Titiwangsa.
"Kertas siasatan telah dibuka hari ini bagi menyiasat kesahihan dakwaan individu berkenaan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (iaitu membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam).
"Polis masih lagi menjalankan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan individu berkenaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ashari meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu agar berhubung terus dengan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Semalam, individu OKU penglihatan yang dikenali sebagai Habib Bourguiba Abd Hamid telah hadir ke PPC Parlimen Titiwangsa untuk bertanding di kerusi itu namun tidak kesampaian setelah gagal menghantar borang pencalonan kerana lewat tiba.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2022

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak laluan ditutup.
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

PRU15: Polis buka kertas siasatan OKU penglihatan tidak dibenar masuk PPC Titiwangsa
Polis berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak laluan ditutup.