NIBONG TEBAL: Polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun, Simpang Ampat dan menahan tujuh lelaki bersama dadah pelbagai jenis bernilai RM184,335 dalam siri serbuan sekitar Nibong Tebal, di sini Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata pihaknya menyerbu kondominium itu pada pukul 7.30 malam sebelum menahan dua lelaki berusia 39 dan 51 tahun, hasil maklumat dan risikan dijalankan polis sejak dua minggu lepas.
"Semasa serbuan itu, dua lelaki tersebut sedang leka memproses dadah dan tidak sempat melarikan diri. Polis kemudian merampas 13.6 kilogram (kg) heroin serta 7kg serbuk kafein yang kesemuanya bernilai RM184,335, turut dirampas peralatan memproses dadah serta cecair kimia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya susulan penahanan dua lelaki itu, polis menyerbu tiga lagi lokasi di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) dan menahan lima lagi lelaki berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dipercayai ahli sindiket memproses dan mengedar dadah tersebut.
Mustafa berkata polis turut menahan ketua sindiket iaitu lelaki berusia 34 tahun di sebuah kedai menjual gas memasak/gas petroleum cecair (LPG) dan dipercayai berselindung di sebalik perniagaan itu bagi mengaburi pihak berkuasa kehidupan mewahnya hasil kegiatan memproses dan mengedar dadah.
Katanya siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak tiga bulan lepas dengan menyewa kondominium mewah tersebut pada kadar RM1,800 sebulan hanya untuk dijadikan makmal memproses heroin.
"Sindiket itu mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memprosesnya menjadikan heroin dan dipasarkan sekitar negeri-negeri di utara. Dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 67,900 penagih," katanya.
Beliau berkata polis turut menyita enam kereta mewah antaranya dua BMW, sebuah Mercedes Benz dan Nissan Sentra serta barang kemas dan wang dalam akaun mereka yang kesemuanya bernilai RM266,000.
Menurutnya semua yang ditahan positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Ketua JSJN Negeri ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah (kiri) bersama para pegawainya menunjukkan dadah jenis heroin serta peralatan memproses dadah bernilai RM184,335 ribu yang dirampas dalam serbuan di Bukit Tambun Jumaat lepas. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.

Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang
Polis menyerbu sebuah kontena di Klang yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah haram dan menahan dua lelaki.

Polis bongkar makmal dadah di Sungai Petani
Polis berjaya membongkar makmal mini pemprosesan dadah jenis heroin menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Puteri, Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Khamis lalu.

Makmal dadah dalam gudang didalangi dua beradik tumpas
Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang dekat sini pada Rabu.

5 ditahan, Bukit Aman serbu makmal proses, bungkus dadah di Manjung
Polis menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut di sini pada Selasa.

Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup
Tindakan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah kampung makmal haram memproses dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan.

Rampasan methamphetamine di Asia Timur dan Tenggara catat peningkatan - PBB
Jumlah methamphetamine hampir mencecah 172 tan berjaya dirampas di Asia Timur dan Tenggara pada 2021, kira-kira tujuh kali ganda berbanding sedekad lalu.

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Enam lelaki direman terlibat dalam sindiket proses, jual dadah
Enam lelaki ditahan dalam lima serbuan polis di sekitar Perak dan Negeri Sembilan pada Ahad dan Isnin.