KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya bagi membantu siasatan berhubung fitnah berkaitan pelantikan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Khalil dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Selasa ini.
"Janji temu sudah dibuat untuk rakaman percakapan Khalil pada jam 10 pagi di IPD Taiping," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan, polis menerima laporan dibuat Teresa Kok berhubung poster pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.
Siasatan polis mendapati berita palsu itu berasal dari laman sosial Facebook Khalil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023

Poster palsu mengenai pelantikan Teresa sebagai Pengerusi Felda baharu tular di media sosial, Khamis lalu.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Fitnah Teresa Kok: ADUN Kubu Gajah selesai beri keterangan tiga jam di IPD Taiping
ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya selesai memberi keterangan di IPD Taiping pada Selasa, bagi membantu siasatan berhubung fitnah berkaitan pelantikan Teresa Kok sebagai Pegerusi Felda.

Polis akan rakam keterangan ADUN Kubu Gajah
Khalil dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Selasa ini.