Polis Selangor mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian C. Sugumar selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, dekat sini, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegam berkata pihaknya akan menghantar kertas siasatan berhubung kes kematian pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu kepada pendakwa raya Selasa ini.
Beliau berkata sebuah pasukan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengambil alih siasatan kes itu pada Jumaat lepas dan telah merakam dan mendengar keterangan daripada 89 saksi kejadian.
"Kita meminta orang awam yang berada di lokasi kejadian dan nampak sebarang tindakan kekerasan oleh mana-mana individu supaya tampil memberikan keterangan kepada polis dalam membantu kes ini," katanya kepada pemberita di Pusat Media IPK Selangor, di sini, hari ini.
Justeru, Thaiveegam meminta tiga individu dikenali sebagai R. Mohanarajan, S. Sugunan dan R. Wasanan yang mendakwa ada melihat mangsa dipukul dalam satu laman portal berita, supaya tampil memberi keterangan kepada polis dengan segera.
Beliau berkata mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Burhanuddin Mustafa di talian 019-382-9212/03-5514-5152 atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Ada yang mendakwa berlaku kekerasan ke atas si mati namun sehingga hari ini tiada seorang pun yang tampil menyalurkan maklumat," katanya.
Dalam kejadian Rabu lepas, Sugumaran yang dipercayai mengalami masalah mental mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.
Menurut laporan media sebelum ini, Sugumaran bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bagaimanapun, laporan itu juga menyebut saksi mendakwa melihat anggota polis memijak leher mangsa serta membiarkan dia dibelasah oleh kira-kira 20 orang yang berada di restoran berhampiran tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dilapor berkata hasil bedah siasat menunjukkan Sugumaran mati akibat saluran jantung terseumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.
Bernama
Sun Jan 27 2013


Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Polis akan mohon inkues kematian Sugumar
Polis Selangor mencadangkan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian C. Sugumar selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Rabu lepas.