Polis akan mendedahkan foto individu peserta Himpunan Anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu yang dipercayai telah memukul beberapa petugas media yang sedang bertugas semasa hari tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis ada menerima beberapa laporan yang dibuat oleh mangsa yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera di Balai Polis Dang Wangi pada hari kejadian.
"Berlaku sedikit pertelingkahan yang berlaku semasa hari tersebut diantara petugas media portal berita dengan peserta himpunan tersebut dan ada laporan polis dibuat selepas itu," kata Mohmad kepada pemberita dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru.
Tambahnya lagi, kertas siasatan telah pun dibuka dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.
"Kita masih meneliti rakaman-rakaman video dan foto yang ada bersama kami dan mungkin dalam masa terdekat ini, kita akan memaparkan beberapa gambar individu-individu yang boleh membantu dalam siasatan dimana kami akan maklumkan kepada media kemudian nanti," ujarnya.
Beliau turut menggesa petugas media yang mempunyai rakaman-rakaman video yang boleh membantu siasatan terhadap individu-individu yang disyaki terlibat dalam pertelingkahan itu boleh berhubung dengan pihak polis Kuala Lumpur.
Pada 1 Mei lalu, sekumpulan peserta himpunan Anti-GST yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Rejimen Anarki' dan 'Antifa' telah menyerang beberapa petugas media yang sedang membuat liputan semasa himpunan tersebut.
Petugas media yang ketika itu membuat liputan dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad berhampiran Dataran Merdeka telah ditendang dan dipukul oleh peserta himpunan tersebut sehingga ada beberapa petugas media mengalami kecederaan sedikit dan beberapa kamera milik mereka juga rosak.
Aizat Sharif
Tue May 06 2014

Perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu. --gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Amanah dakwa lebih 10,000 hadir himpunan Bantah GST
Mohamad Sabu sudah jangka jumlah kehadiran dipengaruhi faktor ekonomi dan cuaca, manakala Abdul Khalid Samad bertegas himpunan itu dihadiri seramai 10,000 peserta.

Polis akan dedah foto peserta Himpunan Anti-GST serang petugas media
Polis ada menerima beberapa laporan yang dibuat oleh mangsa yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera di Balai Polis Dang Wangi pada hari kejadian.

Bantah GST: Tiada peserta perhimpunan cedera ditikam seperti didakwa - Polis
Gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Perhimpunan aman satu hasil positif daripada kerjasama semua pihak yang terlibat - SUHAKAM
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melihat pengendalian aman perhimpunan sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik semua pihak.

Penjawat awam sertai Bantah GST dianggap pengkhianat - CUEPACS
Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah GST di Dataran Merdeka dianggap pengkhianat, tidak layak digelar penjawat awam.