KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan.
Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang mentor yang hebat bagi ramai wartawan dahulu dan sekarang selain turut dikenali atas kebaikan dan sifat rendah dirinya.
"Datuk Wong Sai Wan yang telah saya kenali untuk bertahun lamanya merupakan lambang kewartawanan berkualiti, dia akan dirindui oleh semua.
"Ingatan dan doa saya buat keluarga mendiang ketika tempoh sukar ini," zahirnya menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Sai Wan, 59, meninggal dunia pada jam 5 pagi Jumaat ketika sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Beliau sebelum itu dikatakan telah dibawa ke hospital selepas mengadu berasa tidak selesa dan sihat.
Memetik laporan Malay Mail, mendiang dikatakan telah mengalami kegagalan jantung.
Mendiang merupakan seorang wartawan veteran yang memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan pada 1980-an.
Beliau pernah menjadi koresponden di Hong Kong sebelum menyandang jawatan pengarang eksekutif dan kemudiannya dilantik sebagai pengarang Malay Mail.
Nickyson Nyambar
Fri May 14 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan takziah kepada mendiang Datuk Wong Sai Wan di laman Facebooknya pada Jumaat. -Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Jenazah wartawan veteran Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan
Jenazah wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, pagi ini.

11 wartawan veteran Bernama terima Anugerah Wartawan Sepanjang Hayat
Mengiktiraf komitmen mereka terhadap amalan standard tertinggi kewartawanan dan dalam menegakkan prinsip integriti, keadilan dan kebenaran.

Hentikan segera kekejaman rejim Israel di bumi Gaza - Wartawan veteran
Kumpulan itu mendesak agar kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza dihentikan serta merta.

Agong zahir takziah pemergian tokoh wartawan Ahmad A. Talib
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib, yang meninggal dunia hari ini.

Kadir Jasin tegur Waytha Moorthy, Maszlee
Kadir juga ingatkan menteri-menteri lain agar tidak menganggap mereka sudah berjaya.