PASIR SALAK: Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak 2022 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan majlis penutupannya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketibaan Perdana Menteri di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan diiringi paluan kompang kira-kira 30 peserta Persatuan Kompang Kampung Gajah.
Antara yang turut menghadiri program ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yaziz; Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Jelajah AKM peringkat negeri Perak membuka tirai sejak Jumaat dengan lebih 30,000 pengunjung dijangka menghadiri program yang dijadual berakhir pukul 6 petang hari ini.
AKM yang dicetuskan Ismail Sabri adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas.
Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, cabaran yang dihadapi hari ini termasuk perubahan senario ekonomi global, tidak mampu untuk ditangani sendirian oleh kerajaan dan ia memerlukan pelaksanaan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar-dasar tertentu.
"Saya berharap Keluarga Malaysia untuk menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan subsidi yang akhirnya merugikan kita semua.
"Konsep Keluarga Malaysia amat penting untuk menyatukan kita semua tanpa mengira perbezaan kepercayaan dan fahaman politik, untuk bersama-sama berganding bahu menghadapinya," katanya.
Beliau berkata, sekarang bukan masa untuk menuding jari, kerana cabaran yang dihadapi hari ini amat berbeza dan mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah, sekali gus memerlukan seluruh tenaga yang perlu digembleng bersama untuk menghadapi cabaran ini, dan seterusnya memacu semula ekonomi Malaysia.
Perdana Menteri berkata, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang sebelum ini diadakan di Johor, Perlis, Sabah, Terengganu dan kini di Perak, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Beliau berkata, ini membuktikan program itu telah memberian manfaat kepada Keluarga Malaysia, kerana mereka berpeluang menyalur sebarang maklum balas yang boleh membantu menambah baik perkhidmatan kementerian dan agensi-agensi Kerajaan.
"Ia juga membuktikan bahawa idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan sekadar retorik atau slogan semata-mata, tetapi kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga," tambahnya.
Ismail Sabri berkata, amalan hidup bersama ini telah pun berterusan sejak enam dekad lepas dan perlu dipertahankan, malah diperkukuhkan walau apa jua cabaran yang mendatang.
"Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak 2022 di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah hari ini. Gambar BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.

Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor
Sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah akan beroperasi Jumaat ini di pekarangan Stadium Shah Alam pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak
AKM adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas.

Pencapaian cemerlang kerajaan tidak bermaksud terhenti di situ - Abdul Latiff
Masih banyak lagi perkara yang dalam perancangan dan sedang dilaksanakan.

Polis Kelantan kutip saman RM1.48 juta dalam tempoh tiga hari
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan bayaran 57,781 saman yang dikeluarkan.

PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar
Perdana Menteri menyampaikan surat tawaran kemasukan ke universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti kepada pelajar di bawah program 'Jom Masuk IPT'.

Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi di bawahnya.

Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan
Rakyat boleh melihat sendiri pencapaian Aspirasi 100 Hari semua kementerian dalam Program 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini.

Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif
Inisiatif yang dilaksana mempunyai impak langsung kepada rakyat dari segi kualiti dan keselamatan pembinaan selaras motto KKR, iaitu Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.

Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula esok hingga 12 Dis ini.