SHAH ALAM: Kenduri trak makanan percuma bakal menjadi tarikan pada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor yang akan berlangsung di sekitar pekarangan Stadium Shah Alam, di sini bermula 19 hingga 21 Ogos ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad berkata, sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah disediakan oleh kementeriannya yang akan beroperasi bermula 4 petang hingga 7 malam, Jumaat ini.
"Dengan penganjuran kenduri trak makanan ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah secara percuma dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akan bersama-sama rakyat memeriahkan majlis," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Suriani berkata, AKM kali ini yang akan diterajui oleh Kuskop akan turut mengetengahkan keunikan cita rasa makanan negeri tersebut seperti mentarang masak lemak dan mee udang banjir, selain segmen bual bicara bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pada 2 petang 20 Ogos dan pameran kerjaya.
"Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana dan 109 aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran dengan kali ini, Jualan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan oleh koperasi," katanya.
Suriani berkata, kementeriannya juga akan melaksanakan sesi padanan perniagaan yang akan diterajui SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan pihak (Kuskop) akan membawa syarikat utama mengadakan perjumpaan dengan usahawan baharu yang berpotensi memberi bekalan di samping meluaskan peluang perniagaan.
AKM Selangor yang dianjurkan Kuskop membawa tema 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara'. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Kenduri trak makanan percuma bakal menjadi tarikan pada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor yang akan berlangsung di sekitar pekarangan Stadium Shah Alam, di sini bermula 19 hingga 21 Ogos ini, kata Datuk Suriani Ahmad. - Gambar fail
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor
Sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah akan beroperasi Jumaat ini di pekarangan Stadium Shah Alam pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.