KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan dan sektor swasta yang ditugaskan untuk melihat kembali proses pemberian subsidi, diminta untuk tidak melakukannya dengan tergesa-gesa, dan memberi fokus kepada subsidi bersasar semata-mata.
Pakar Ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari berkata, lebih wajar sekiranya semua pihak melihat kembali keseluruhan ekosistem pemberian subsidi, bagi mengesan sekiranya ada kekurangan atau salah dan silap di satu-satu peringkat.
Beliau berkata, ekosistem itu mencakupi pengeluaran, rantaian bekalan, sehinggalah ke isi rumah, dan jika tindakan yang silap dilakukan, dia dikhuatiri memberikan impak negatif kepada ekosistem subsidi.
“Subsidi dalam ekonomi ni, kalau kita bentang dan tunjuk dekat dashboard, ia seperti mencakupi semua aspek - dari pengeluaran, ke rantaian bekalan, sehinggalah sampai kepada isi rumah. Itu kalau kita nak tengok keseluruhan.
“Bukan sekadar kata nak kurang (subsidi) di sini, dan letakkan subsidi bersasar dekat sini … tidak bukan begitu. Kalau begitu caranya (yang akan diambil kerajaan), kita akan tak habis-habis menghadapi masalah yang sama,” katanya lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal hari ini memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Menurutnya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan menurut beliau, ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2022 di sini pada Ahad, Anwar memberi jaminan subsidi masih akan diberikan kepada rakyat namun beliau mahu ia lebih bersasar.
Mengulas lanjut Mohd Yusof berkata, tempoh dua minggu yang diminta Perdana Menteri, dilihat agak singkat, dan beliau khuatiri langkah yang dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa akan menyebabkan tindakan yang kurang tepat dilaksanakan akhirnya.
“Kalau bercerita dari sudut praktikal, atau realistik, dan sedikit dengan pengalaman saya dalam kerajaan, dua minggu itu satu tempoh yang agak tenat.
“Terutamanya dalam tempoh nak buat tadbir urus, risau takut nanti ada cadangan yang diberi akhirnya salah rangka kerja. Lebih baik ambil sedikit masa tak apa, kalau boleh dibentangkan dekat Perdana Menteri satu dashboard keseluruhan ekonomi kita, daripada pengeluaran, banyak rantaian bekalan sampai ke pengguna,” katanya lagi.
Dengan pembentangan ekosistem subsidi, Mohd Yusof berkata, pembuat dasar boleh melihat di mana ketirisan, dan di mana keberkesanan yang perlu dipertingkatkan dalam proses pemberian subsidi bersasar.
Firdaus Azil
Sun Nov 27 2022
PM Anwar perlu dijelaskan tentang ekosistem subsidi, yang mencakupi pengeluaran, rantaian bekalan, sehinggalah ke isi rumah. - Gambar hiasan
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] 38 penduduk dipindahkan ke dua PPS
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kanowit bagi menempatkan penduduk yang terpaksa berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.
Abang Johari teraju ekonomi baharu Sarawak, tingkatkan hasil negeri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berpendapat lapan tahun sejak memegang jawatan nombor satu di Sarawak, Premier Tan Sri Abang Johari berjaya melipatgandakan hasil pendapatan wilayah itu kerana keberanian dan kreativitinya.
[TERKINI] Sandwic 'ham dan keju' dijual di UM sah tiada sijil halal' - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ibu bunuh bayi 6 bulan kerana suami kahwin lain
WARGA Kecamatan Mataram Baru, Lampung Timur digemparkan dengan kejadian pembunuhan tragis bayi berusia enam bulan.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
YDP Agong berkenan lawat mangsa banjir di Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, Johor, hari ini (13 Januari).Seri Paduka Baginda melawat
JPJ periksa 37 Puspakom, sita 21 kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak menyita 21 buah kenderaan perdagangan menerusi pemeriksaan terhadap 37 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dalam ops khas sejak 30 Disember lalu.
Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.
Gaji permulaan siswazah rendah: Mengapa terjadi? Bagaimana atasi? Apa pilihan dasar yang ada?
Gaji permulaan siswazah yang rendah adalah manifestasi daripada tindak balas permintaan oleh majikan dan penawaran (pengeluaran) graduan oleh institusi pengajian tinggi.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Ekonomi MADANI: Tumpu kesejahteraan rakyat, pertumbuhan dan kemampanan ekonomi - Penganalisis
Dokumen Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu menumpukan kepada aspek kesejahteraan rakyat.
[KOLUMNIS] Langkah tepat memperkenalkan model gaji progresif
KAJIAN mendapati gaji atau upah menjadi salah satu antara penawar utama untuk mempercepatkan peralihan struktur ekonomi di Malaysia.
Tingkatkan kadar gaji, noktahkan beban kos sara hidup - Penganalisis
Mohd Yusof berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini di bawah inisiatif Rahmah hanya bersifat jangka masa pendek.
Kita perlu berubah kepada model gaji progresif - Pakar ekonomi
Pertumbuhan ekonomi negara sudah semakin baik dan pembaharuan boleh dilaksanakan bermula dengan menyemak semula kadar gaji minimum.
Hapus kartel, jawapan untuk turun kos sara hidup - Pakar ekonomi
Usaha kerajaan terdahulu perlu diteruskan malah diperhebat untuk banteras punca harga barang tinggi.
PM perlu lihat keseluruhan ekosistem pemberian subsidi, kesan ketirisan - Yusof Saari
PM Anwar perlu dijelaskan tentang ekosistem subsidi, yang mencakupi pengeluaran, rantaian bekalan, sehinggalah ke isi rumah.
Peruntukan RM99.7 bilion dalam Bajet 2023 bukti komitmen kerajaan bantu pasaran tenaga kerja - Ahli ekonomi
Peruntukan RM99.7 bilion dalam Bajet 2023 meliputi ekosistem pasaran tenaga kerja secara menyeluruh, merangkumi penawaran tenaga kerja, pasaran kerja dan permintaan tenaga kerja.