KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dirombak bagi memastikan tiada lagi pihak luar akan dapat mengaut komisen yang keterlaluan daripada proses perolehan aset.
Beliau berkata rombakan itu harus dibuat kerana kesiapsiagaan kelengkapan aset pertahanan negara seperti kapal, pesawat dan kereta kebal tidak selaras dan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi serta kedudukan geopolitik dan strategik Malaysia.
"Mengapa saya pilih sebut perkara ini kepada saudara sekalian kerana bagi veteran, bagi pasukan tentera dan tentunya bagi kita semua rakyat, kesiapsiagaan negara dalam bidang pertahanan itu adalah urusan yang penting.
"Jadi kita anjurkan (sarankan) kepada pimpinan tentera bahawa sistem perolahan mesti dirombak, tidak boleh lagi campur tangan daripada pihak luar.
"Ketua-ketua turus dipertanggungjawabkan untuk memilih kapal perang, pesawat, kereta kebal dan kelengkapan lain yang terbaik dan tidak lagi mengulangi kerenah, merompak melalui komisen keterlaluan sehingga kelengkapan kita ini kurang keupayaan untuk medan pertahanan yang mantap," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata dalam menjaga kestabilan dan keamanan negara, keupayaan aset pertahanan adalah satu perkara yang tidak boleh dimungkiri (dipandang remeh), walaupun beliau pasti ada pihak yang akan meremehkan usaha kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan bagi memperkasakan keupayaan ATM.
"Saya ingin beritahu di sini, tanggungjawab kita ialah untuk memberikan satu gambaran dan dasar serta menetapkan dasar agar keupayaan keselamatan dan pasukan pertahanan negara lengkap dan mantap.
"Jadi hentikan cara dan amalan lama. Saya tidak peduli walaupun kita disanggah (dilawan) di luar kerana kita bicara (bertegas) tentang soal tatakelola rasuah dan komisen berlebihan," katanya.
Selain itu, beliau berkata dalam pada pasukan tentera dan badan berkuasa lain bertungkus lumus menjaga keselamatan negara, adalah wajar juga untuk kemudahan asas dan kebajikan golongan berkenaan ditambah baik bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan.
Oleh itu, sebagai Menteri Kewangan, Anwar memaklumkan beliau telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta tahun ini untuk menaik taraf kelengkapan dan rumah daif pasukan tentera, serta RM40 juta untuk perumahan polis termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Kalau tidak, kita minta mereka mempertahankan negara tetapi kita masih dengar kemudahan-kemudahan asas yang tidak lengkap," kata beliau pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Anwar berkata, rombakan itu harus dibuat kerana kesiapsiagaan kelengkapan aset pertahanan negara tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi serta kedudukan geopolitik Malaysia. - Gambar fail
Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu ini - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor sejak Rabu lalu dijangka berlarutan hingga Sabtu ini, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Fokus Minggu Depan: Banjir Johor | Apa perkembangan setakat ini?
Wakil Astro AWANI Johor beri perkembangan terkini mengenai situasi banjir di negeri itu.
Fokus Minggu Depan: PM ke UAE | Apa perincian lawatan Perdana Menteri?
Irfan Faruqi, wartawan Astro AWANI memberi perkembangan menjelang lawatan PM ke Abu Dhabi.
Penduduk selatan Lubnan hadir pengebumian Hassan Ghassan Hijazi
Penduduk di Tayr Debba, selatan Lubnan menghadiri pengebumian anggota Hezbollah, Hassan Ghassan Hijazi,pada Sabtu.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lima orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan udara di bandar Tayr Debba pada Jumaat lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lima orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan udara di bandar Tayr Debba pada Jumaat lalu.
Serangan sinagog cetus kebimbangan anti-semitisme
Premier New South Wales, Australia, Chris Minns, menyatakan pada Ahad bahawa serangan ke atas sebuah sinagog di Sydney pada Sabtu menunjukkan peningkatan jenayah anti-Semitik di negeri itu.
Polis mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai cubaan membakar.
Polis mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai cubaan membakar.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.
60 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, lebih 300 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana api merebak terlalu cepat.
Gelombang kedua banjir diramal di Johor Rabu hingga Sabtu
Johor diramal dilanda gelombang kedua bencana banjir antara Rabu hingga Sabtu depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika taklimat banjir ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berdasarkan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika taklimat banjir ketika meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi pada Ahad.
Banjir, angin kencang sebabkan kemusnahan di beberapa daerah Indonesia
BNPB dalam kemas kini pada Ahad mengesahkan kerosakan di beberapa wilayah termasuk Pulau Jawa, Maluku Utara dan Kalimantan Selatan.
ASEAN25: MBPP, MBSP indahkan, naik taraf infrastruktur
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengindahkan dan menaik taraf infrastruktur bandar di lokasi yang terlibat dengan mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.