PUTRAJAYA: Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (MenKOMM) bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.
Seawal jam 6 pagi, orang ramai mula tiba di Dataran Putra, di sini dan dilihat penuh bersemangat berpakaian sukan majoriti berwarna merah untuk memeriahkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.
Dua tahun lepas, pelancaran sambutan hanya diadakan secara maya dan hibrid ekoran pandemik COVID-19.
Keluarga Malaysia yang membanjiri Dataran Putra dilihat membawa anggota keluarga dan Jalur Gemilang sendiri.
Ketibaan Ismail Sabri pada 7.50 pagi disambut Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
Sejurus tiba, Perdana Menteri melakukan sesi regangan badan bersama Jemaah Menteri dan Keluarga Malaysia.
Dari Dataran Putra, Perdana Menteri dan Keluarga Malaysia yang lain kemudian berjalan ke tempat pemeriksaan pertama melalui Kementerian Wilayah Persekutuan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang serta diiringi pancaragam dan nyanyian.
Setibanya di persimpangan Kementerian Wilayah Persekutuan, Ismail Sabri dan anggota Jemaah Menteri lain turut menyaksikan persembahan kebudayaan Orang Asli dari Gombak iaitu persembahan Gema Orang Asal.
Keceriaan Ismail Sabri dan Keluarga Malaysia menyaksikan persembahan Orang Asli yang cukup bertenaga dan menghiburkan itu terserlah apabila perdana menteri menunjukkan isyarat 'bagus' kepada Kumpulan Bah Bola yang diketuai Bah Sali Bah Nap.
Kumpulan Orang Asli terdiri daripada suku kaum Semai itu turut mempersembahkan lagu rancak 'Bah Bola' dan lagu lain bagi memeriahkan lagi program Berjalan Teguh Bersama manakala orang ramai yang menyaksikannya turut menari.
Di Monumen Alaf Baru, para peserta yang tiba pada 8.37 pagi disambut dengan persembahan Irama Borneo secara Infiesta Infobusking oleh Kumpulan Pentarama Sabah.
Dinyanyikan dua penyanyi wanita Ayin dan Tantiana, mereka mendendangkan lagu tempatan Sabah antaranya 'Original Sabahan', 'Anak Kampung', 'Sayang Kinabalu' dan 'Sumandak Sabah'.
Selepas berjalan kira-kira satu kilometer dari Kementerian Wilayah Persekutuan menuju ke lokasi ikonik Putrajaya itu, irama lagu patriotisme antaranya 'Oh, Malaysiaku!', 'Tanggal 31', 'Seruan Tentera' dan 'Darah Satria', yang dibawakan Pancaragam Setia Perwira daripada Jabatan Imigresen, nyata membakar semangat peserta untuk meneruskan perjalanan ke lokasi pelancaran program.
Ketibaan Ismail Sabri bersama Jemaah Menteri dan peserta program Berjalan Teguh Bersama di garisan penamat di Dataran Putrajaya pada 9.33 pagi, disambut oleh paluan muzik Pergendangan Malaysia dari pelbagai kaum oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengibarkan Jalur Gemilang bersama para peserta 'Berjalan Teguh Bersama' sebelum berjalan sejauh 2.7 kilometer. - Foto BERNAMA
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
PM, Jemaah Menteri sertai 'Berjalan Teguh Bersama'
Keluarga Malaysia yang membanjiri Dataran Putra dilihat membawa anggota keluarga dan Jalur Gemilang sendiri.
PM bersama 15,000 rakyat dijangka sertai program 'Berjalan Teguh Bersama'
Seramai 10,000 sehingga 15,000 peserta dijangka berjalan bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam program 'Berjalan Teguh Bersama'.