Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dengan mengenakan bayaran tertentu untuk memiliki rumah itu.
"Mereka ini menipu orang ramai yang kononnya mewakili PR1MA dan mengutip kutip sumbangan daripada orang ramai yang berkeinginan mahukan rumah mampu milik," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara di sini, Selasa.
Najib berkata pihak PR1MA telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.
"Saya harap agar orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan surat-surat yang dikeluarkan atas nama kononnya mereka ini mewakili PR1MA atau melaksanakan projek perumahan itu," katanya.
Sementara itu Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi proses pembelian rumah berkenaan.
"Ada orang salah guna (projek PR1MA) kononnya bayar RM2,000 boleh dapat (permohonan) rumah PR1MA, tapi yang sebenarnya orang awam hanya perlumendapatkan permohonan secara online atau pergi pejabat kita isi borang, tidakkena apa-apa bayaran," katanya.
Beliau berkata mana-mana pemaju yang ingin bekerjasama dengan PR1MA juga diminta hadir berjumpa pihak pengurusan PR1MA sendiri untuk sebarang pertanyaan.
"Kita tak lantik wakil pemaju untuk buat rumah PR1MA atau ejen nak membeli rumah," katanya sambil menambah kerajaan memberi jaminan harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.
Bernama
Wed Dec 17 2014
NAJIB: Mereka ini menipu orang ramai yang kononnya mewakili PR1MA dan mengutip kutip sumbangan daripada orang ramai yang berkeinginan mahukan rumah mampu milik.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Seludup pendatang tanpa izin, lima ejen warga Myanmar ditahan
Ketua Penolong Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata serbuan dilakukan sekitar 10.35 malam berdasarkan maklumat risikan.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.
Isu KLIA: SPRM masih buru ejen minta 'duit kopi' - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu ejen yang dipercayai meminta 'duit kopi' RM18,000 berhubung kes kemasukan seorang pelancong China ke negara ini.
Bayar ejen RM3,000 mahu pulang Indonesia
Op Pintas kira-kira jam 8 malam itu berjaya menahan 15 individu termasuk enam PATI warga Indonesia.
Pekerja asing: Kerajaan cari mekanisme tidak guna ejen
Kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik bagi membolehkan majikan berurusan secara terus, tanpa melibatkan ejen, dalam pengambilan pekerja asing.
Buat laporan jika ejen masih caj lebih RM15,000 untuk amah
KJRI Johor Bahru mengingatkan rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran melebihi RM15,000 oleh ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara itu supaya membuat laporan.
JPN tidak pernah lantik ejen untuk pendaftaran MyKad
Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000.
Kerajaan digesa guna khidmat PAPSMA kendali kemasukan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa mencadangkan kepada majikan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pengambilan pekerja asing berdaftar di negara ini.
Sindiket judi dalam talian tumpas, 23 ejen ditahan di kondominium mewah
Sindiket itu yang aktif sejak pertengahan Disember lepas dikesan memancing pelanggan melalui media sosial.