GEORGE TOWN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri (MyKad).
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000.
"JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian kerana kami tidak pernah langsung melantik mana-mana individu atau ejen untuk membuat kerja-kerja bagi pihak JPN terutama untuk proses mendapatkan kad pengenalan.
"Walaupun aduan yang diterima itu tidaklah banyak atau dalam kategori serius, namun saya memandang serius kerana memang ada yang menjadi mangsa kepada individu atau ejen tersebut sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Mykad kepada seorang wanita warga emas, R. Alliamah, 64, yang baru memperoleh Mykad selepas mengalami masalah daftar lewat kad pengenalan, yang diadakan di pejabat JPN Pulau Pinang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata beliau meminta orang ramai yang mahu membuat pendaftaran dokumen pengenalan diri atau sebarang dokumen berkaitan dengan JPN untuk terus datang ke pejabat JPN yang terdapat di 225 lokasi termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.
"Paling ramai jadi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai anak tidak sah taraf kerana mereka takut untuk berurusan dengan JPN sendiri kononnya akan didakwa di mahkamah atau saman kerana anak luar nikah.
"Sebenarnya tidak ada seperti itu (didakwa di mahkamah).. kami di JPN akan sedaya upaya membantu mendapatkan dokumen untuk anak mereka malah jika lambat pendaftaran kelahiran pun hanya dikenakan denda RM50 sahaja," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak mahu ada anak-anak warga Malaysia yang tercicir sehingga tidak mendapat dokumen pengenalan diri dan Mykad, jadi sebab itu JPN secara berterusan akan terus memberikan perkhidmatan supaya mereka mendapat dokumen yang sah sebagai warga negara.
"Selain itu, kami juga ada pasukan khas menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang mereka ini akan pergi sendiri berjumpa dengan mereka yang mahu memohon MyKad membabitkan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan pesakit kronik yang sukar hadir ke JPN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022

Berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu yang mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj antara RM2,000 hingga RM5,000. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.

Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.

Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.

KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.

Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.

JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.