Ketua Penolong Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata serbuan dilakukan sekitar 10.35 malam berdasarkan maklumat risikan.
"Seramai 24 pendatang tanpa izin ditahan, melibatkan 22 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 18 hingga 36 tahun. Mereka dipercayai sudah berada di pangsapuri itu sejak dua minggu lepas.
"Kesemua pendatang tanpa izin ini disyaki diseludup masuk melalui jalan darat dari Pantai Timur selepas membayar antara RM2,000 hingga RM3,000 setiap seorang kepada ejen yang juga warga Myanmar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Siasatan awal mendapati lima ejen terbabit yang berusia 27 hingga 30 tahun dipercayai telah menjalankan kegiatan haram itu di negara ini sejak tiga bulan lepas.
Bagaimanapun, jumlah pendatang tanpa izin yang sudah dibawa masuk dalam tempoh itu serta destinasi mereka dibawa masih dalam siasatan.
"Semua ejen yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 manakala pendatang tanpa izin disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA