BUTTERWORTH: Kerajaan memberi jaminan akan meningkatkan kemasukan pelajar etnik India ke program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha mengurangkan tekanan kemiskinan dalam kalangan kaum itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal ini dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara yang sedang mengusahakan perkara itu.
"Saya diberitahu Ahmad Zahid, ada rayuan agar pelajar India diberikan peluang kepada akses ke TVET. Saya belum dapat jumlah pelajar etnik India ke TVET tetapi usaha sedang dilakukan," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Negeri Pulau Pinang di Arena Seberang Perai hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P.Ramasamy.
Anwar berkata langkah itu merupakan antara usaha kerajaan bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar untuk semua termasuk kaum India di negara ini.
Mengulas rungutan pelajar India dan Cina yang tidak mendapat tempat di Kolej Matrikulasi meskipun meraih keputusan cemerlang, Anwar berkata Kementerian Pendidikan di bawah Menteri berkenaan iaitu Fadhlina Sidek sedang menyelesaikan isu tersebut.
"Negara ini kita ada meritokrasi dan satu lagi ialah pendemokrasian untuk mengakses pendidikan. Kita kena seiring kedua-duanya.
"Saya beritahu Fadhlina, tidak usah buat kenyataan, tidak usah bising-bising, hanya dapatkan laporan penuh dalam masa satu dua minggu dan selesaikan isu ini," katanya.
Perdana Menteri, yang mempunyai jadual padat di Pulau Mutiara hari ini, berkata kerajaan pimpinan beliau tetap dengan pendirian untuk menghormati setiap hak warganegara di Malaysia walaupun terdapat asakan kasar daripada pembangkang yang mendakwa kononnya Anwar berusaha mempertahan hanya hak kaum lain, bukan orang Melayu.
"Ini adalah prinsip yang sangat asas. Di luar sana, terdapat propaganda untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu bahawa mereka sedang terancam kerana Anwar sebagai Perdana Menteri kini berkompromi dengan bukan Melayu dan menyerahkan hak serta kuasa orang Melayu.
"Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa amalan rasisme, propaganda perkauman dan ketaksuban agama tiada tempat di negara ini," katanya.
Justeru, Anwar menyeru semua kaum agar terus berganding bahu membantu kerajaan MADANI untuk mengatur kembali ekonomi, meningkatkan mutu pendidikan, membawa pelaburan dan menyelamatkan rakyat negara ini.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada kaum India kerana memberikan sokongan padu kepadanya ketika berada dalam keadaan susah, 'terbuang' daripada arena politik tanah air 20 tahun lepas sehinggalah beliau kembali mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
"Dan sekarang saya dalam keadaan untuk membawa perubahan dalam dasar. Percayalah, saya akan melakukan yang terbaik untuk membetulkannya (dasar)," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
![PM jamin tingkatkan kemasukan pelajar India ke program TVET PM jamin tingkatkan kemasukan pelajar India ke program TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689513473_TBANWARSEBERANGPRAI.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra bersama Masyarakat India Pulau Pinang di Dewan Serbaguna Seberang Perai Arena hari ini. - Foto BERNAMA
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024 KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720355095_KejohananUniversit.jpg)
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701680355_DatukSivarajChandr.jpg)
Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj
Kerajaan disarankan supaya memperuntukkan satu kuota khas sebanyak 2,500 tempat kepada pelajar India bagi mengikuti program matrikulasi.
![Krisis Rusia-Ukraine: Pelajar India terbunuh dalam serangan di Kharkiv Krisis Rusia-Ukraine: Pelajar India terbunuh dalam serangan di Kharkiv](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646147640_Kyiv.jpg)
Krisis Rusia-Ukraine: Pelajar India terbunuh dalam serangan di Kharkiv
Seorang pelajar India terbunuh dalam serangan di Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine pada pagi Selasa ketika beribu-ribu warga India menunggu pemindahan keluar dari negara itu.
![Isu pelajar India cemerlang tapi gagal ke matrikulasi: Kuota zaman BN telah dikurangkan? Isu pelajar India cemerlang tapi gagal ke matrikulasi: Kuota zaman BN telah dikurangkan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555651921_HPuvaniten.jpg)
Isu pelajar India cemerlang tapi gagal ke matrikulasi: Kuota zaman BN telah dikurangkan?
Peruntukan sebanyak 2,200 tempat sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional kini didakwa semakin dikurangkan.