RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.
Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.
"Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa.
"Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara itu dalam satu kempen diplomatik yang bersepadu untuk memulakan pelaksanaan gencatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Perdana Menteri, di sini, pada Sabtu.
Sidang kemuncak tergempar itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz di Riyadh, dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Lebih 11,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh akibat serangan udara tanpa henti serta operasi darat yang kejam lebih sebulan oleh rejim Israeli di bumi Gaza.
Beribu-ribu lagi masih tidak dapat dikesan dan mereka dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang telah musnah.
Menurut sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, pengeboman bertubi-tubi oleh Israel menyaksikan pesawat pejuang rejim itu telah menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, yang bersamaan dengan dua butir bom nuklear.
Perdana Menteri, yang tiba di Riyadh petang Sabtu juga berharap agar semua aktiviti petempatan dan keganasan oleh peneroka terbabit terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dihentikan serta-merta.
Beliau turut menggesa agar semua pihak yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah perang disiasat dan diheret ke mahkamah menerusi institusi antarabangsa.
Malaysia, kata Anwar, menyokong Inisiatif Keamanan Arab dan rundingan bersama pengantara terkemuka bagi menjayakan penyelesaian dua negara dengan pengiktirafan kepada negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 serta Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Menyentuh penyingkiran paksa orang awam di Palestin, Perdana Menteri mahu tindakan itu dihentikan serta-merta.
Beliau juga menggesa negara anggota OIC memerangi habis-habisan peningkatan global dalam Islamofobia dan pada masa yang sama, melindungi hak untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin secara aman.
Anwar berkata, selama lebih sebulan, penduduk Gaza yang terkepung telah menjadi mangsa kekejaman tidak berperikemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel yang menyasarkan lelaki, wanita dan kanak-kanak secara sembarangan.
"Gaza telah menjadi kubur untuk mereka yang tidak bersalah dan golongan syahid, kebanyakannya kanak-kanak Palestin. Tiada kediaman, hospital ataupun rumah ibadat sama ada Islam atau Kristian, selamat daripada serangan yang dilakukan secara sembarangan oleh Israel," katanya.
Beliau berkata, kesinambungan politik yang merampas hak rakyat Palestin bukanlah dilakukan secara senyap-senyap, sebaliknya, ia dapat disaksikan oleh seluruh dunia dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.
"Kelas politik negara-negara barat ketika ini mempamerkan sikap rabun jauh terpilih dalam krisis di Palestin," katanya.
Anwar berkata, perubahan besar mengenai perkara itu telah berlaku sebagaimana ditunjukkan dalam demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia yang belum pernah terjadi sebelum ini termasuk di negara barat, untuk menyokong Palestin.
"Ironinya, di kesemua ibu kota ini yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara dan meletakkan hak asasi manusia sebagai sesuatu yang suci, sesetengah pihak berkuasa telah mengecam pihak yang menyokong perjuangan Palestin serta menyifatkan mereka sebagai penyebar ucapan berbaur kebencian dan penyokong keganasan.
"Ini adalah dwistandard songsang," kata beliau.
Perdana Menteri juga berkata, beliau memuji inisiatif Kerajaan Arab Saudi untuk mengadakan sidang kemuncak tergempar itu.
"Dan saya memuji Tuanku kerana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dan kecaman Tuanku terhadap penjajahan serta kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Fattah El-Sisi kerana memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali Kelapan di Riyadh, Arab Saudi, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Reformasi ekonomi kerajaan Madani di landasan tepat
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata masyarakat antarabangsa bertambah yakin bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan baik secara seimbang, dan potensi negara semakin diiktiraf secara meluas.
Kenaikan gaji dapat mengatasi inflasi - Pakar
Menurut Pakar Ekonomi Universiti Malaya (UM), Profesor Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah, kerajaan perlu menumpukan usaha kepada peningkatan daya pengeluaran yang sekali gus dapat mendorong kepada peningkatan dalam upah.
Penyasaran subsidi diesel langkah tidak popular, tapi bawa kestabilan fiskal - Ahli Ekonomi
Langkah Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel merupakan satu tindakan yang tidak mudah dan tidak popular namun ia penting untuk kestabilan fiskal dan mengurangkan ketirisan yang berlaku.
Tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini bersambung dengan terarah kepada beberapa isu termasuk pembentangan RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024.
Tetapi untuk jam ini, kita mahu memberikan fokus terhadap usaha kerajaan menangani kebanjiran warga asing tanpa izin dan gangguan perkhidmatan oleh institusi perbankan.
Untuk laporan tersebut, kita terus bersama Hasimi Muhamad dari bangunan Parlimen.
Tetapi untuk jam ini, kita mahu memberikan fokus terhadap usaha kerajaan menangani kebanjiran warga asing tanpa izin dan gangguan perkhidmatan oleh institusi perbankan.
Untuk laporan tersebut, kita terus bersama Hasimi Muhamad dari bangunan Parlimen.
[TERKINI] Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu
Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, berkuat kuasa hari ini.
79,231 warga asing serah diri, empat negara paling tinggi - Saifuddin
Empat negara paling ramai yang serah diri ialah dari Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.
WEF #AMNC24: Malaysia semakin diikitiraf, disegani di arena antarabangsa - Rafizi
Masyarakat antarabangsa bertambah yakin ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan baik secara seimbang dan potensi negara semakin diiktiraf secara meluas.
PATI Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan paling ramai serah diri
Sebanyak 20,207 PATI telah ditahan dan dihantar ke depo-depo imigresen, manakala 456 majikan ditahan kerana membawa masuk warga asing tanpa izin ke Malaysia. Dalam masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata sebanyak 68,900 PATI telah dihantar balik selepas menyerah diri secara sukarela.
Malaysia terima 40 juta pelancong China dan India sejak 1 Januari 2023
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, menerusi Pelan Liberalisasi Visa, Malaysia terima kemasukan sebanyak 950,000 pelancong dari China dan 443,000 dari India sejak 1 Januari 2024.
Insiden baling batu terhadap bas penyokong Perak hanya perbuatan nakal - Polis
Insiden membaling batu ke arah bas membawa penyokong pasukan Perak FC di NKVE Ahad lepas hanya perbuatan nakal dan tiada motif spesifik.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
EU kecam serangan ke atas pejabat ICRC di Gaza, gesa siasatan bebas
Kesatuan Eropah kutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Israel bunuh 42 rakyat Palestin di Gaza - Hamas
Sekurang-kurangnya 101 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu akibat keganasan Zionis.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
Hamas alu-alukan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
Pasukan itu komited untuk melaksanakan "pengunduran sepenuhnya [pasukan Israel] dari Semenanjung Gaza, pertukaran tahanan, pembinaan semula Gaza."
Majlis Keselamatan PBB lulus rancangan gencatan senjata Israel-Gaza oleh AS
Resolusi tersebut diterima dengan 14 undi menyokong, tiada undi menentang dan satu undi berkecuali oleh Rusia.
Dunia berdiri di sebalik gencatan senjata, pembebasan tebusan di Gaza, kata AS kepada Israel
Setiausaha Negara AS tegaskan gencatan senjata dan pembebasan tebusan akan buka kemungkinan perdamaian di sepanjang sempadan utara Israel.
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.