BANGKOK: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Thailand di sini.
Terdahulu Anwar yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand, menyertai ratusan jemaah mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam Shafie Napakorn.
Turut bersama Anwar mengerjakan solat Jumaat ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sejurus selepas solat, Awar dilihat beramah mesra serta bersalaman dengan beberapa jemaah, dan beliau turut mengambil peluang sesudah solat untuk menemui beberapa pemimpin kaum Muslim dan komuniti tempatan.
Dalam ucapannya selepas solat, Anwar menyuarakan penghargaan tidak terhingga kepada kerajaan dan pihak berkuasa Thailand, terhadap hubungan baik yang dipelihara kerajaan dengan kaum Muslim di negara berkenaan.
"Saya percaya di Thailand walaupun (komuniti) Islam itu minoriti, tetapi kita harus ada tanggungjawab dan jaga akhlak kita," katanya.
Anwar seterusnya mengulangi pendirian Malaysia untuk memainkan peranan dalam proses rundingan damai konflik Selatan yang berlarutan sejak sekian lama.
"Saya luangkan banyak masa berbincang mengenai isu di selatan Thailand ketika perjumpaan dengan Perdana Menteri Prayuth (Chan o-cha) agar ia dapat diselesaikan secara bijak. Kita diberitahu supaya tidak terlalu lihat kepada perbezaan (pandangan), sebaliknya perlu mewujudkan persefahaman (menyelesaikan konflik di Selatan Thailand).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
![PM Anwar tunai solat Jumaat di Pusat Islam Thailand PM Anwar tunai solat Jumaat di Pusat Islam Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676029976_AnwarIbrahimSolat.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Islam di Pusat Islam Thailand hari ini. - Foto BERNAMA
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
![PM Anwar tunai solat Jumaat di Pusat Islam Thailand PM Anwar tunai solat Jumaat di Pusat Islam Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676029976_AnwarIbrahimSolat.jpg)
PM Anwar tunai solat Jumaat di Pusat Islam Thailand
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Thailand.
![Solat Jumaat pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Solat Jumaat pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669357724_TBPM.jpg)
Solat Jumaat pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
Ketibaan Perdana Menteri di Masjid Putra disambut oleh Ahli Jawatankuasa masjid serta jemaah.