NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepada pelabur global yang berhasrat memasuki Malaysia bahawa negara ini sedang melaksanakan pembaharuan sewajarnya serta mewujudkan persekitaran perniagaan lebih baik untuk mereka.
Malah, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan pimpinannya sedang berusaha sedaya upaya untuk membetulkan kesilapan lampau yang menyebabkan kemajuan serta pembangunan sosioekonomi Malaysia terjejas selepas meraih kemajuan berdekad-dekad lamanya.
"Tanpa mengendahkan tahun-tahun pandemik COVID-19, dua dekad sebelum dan selepas 1998 menyaksikan penurunan ketara dalam purata pertumbuhan ekonomi kita," kata beliau ketika menyampaikan ucap tama "Regaining Malaysia's Lead in Asia" (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia, di sini, pada Khamis.
Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Nazri Aziz; Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri berkata, sejak beberapa tahun lepas, angka pelaburan susut berbanding peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala sumber ekonomi baharu yang mampu memacu pertumbuhan pula tidak ketara ketika ekonomi terus menumpukan aktiviti domestik tanpa memanfaatkan sepenuhnya peluang di pasaran global.
Sehubungan itu, selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Anwar berkata, apa yang jelas adalah pentadbiran beliau tiada pilihan kecuali bertindak melakukan penstrukturan semula terhadap Malaysia.
"Keutamaan saya adalah tiga perkara... memperkukuh tadbir urus negara, menstruktur semula ekonomi dan membuka jalan bagi masa depan kita," kata beliau yang pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998.
Jelas Perdana Menteri, transformasi yang diperlukan oleh Malaysia telah digariskan dalam Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat, satu rangka kerja mantap yang secara sistematik menangani kekurangan struktur secara sistematik dalam dasar fiskal kerajaan dan pemacu hasil, ekosistem ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat negara ini.
"Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, menggariskan prinsip dan peraturan fiskal bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal," kata beliau.
Ini, kata Perdana Menteri, akan dilengkapkan lagi dengan rangka kerja fiskal lain seperti Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) dan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS).
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan Malaysia serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam memajukan ekonomi negara serta memanfaatkan bidang pertumbuhan baharu.
Bertitik tolak daripada perkembangan itu, Anwar berkata, sejak beberapa bulan lepas, Malaysia telah menyaksikan impak awal daripada komitmen kerajaan untuk menyampaikan perubahan kepada ekonomi dan rakyatnya.
Beliau turut merujuk syarikat semikonduktor global berpangkalan di Jerman, Infineon Technologies yang telah bersetuju untuk membuat pelaburan tambahan EUR5 bilion (AS$5.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang membabitkan pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200mm terbesar dunia di Malaysia.
"Sudah pastinya, (kehadiran syarikat) Tesla. Biarpun terdapat usaha sengit oleh negara serantau lainnya, kita agak pantas dalam mendapatkan Tesla dan berserta dengan SpaceX," kata beliau.
Anwar berkata, syarikat-syarikat seperti Tesla, Amazon dan Infineon adalah antara peneraju industri global yang baru-baru ini bertindak menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut serta meletakkan kepercayaan mereka terhadap Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![PM Anwar tarik pelabur global, jamin pembaharuan pacu persekitaran niaga lebih baik PM Anwar tarik pelabur global, jamin pembaharuan pacu persekitaran niaga lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695331981_TBINVESTMALAYSIA.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan peserta selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia, di New York, Amerika Syarikat, pada Khamis. - Foto BERNAMA
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720838027_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman
Pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720146650_SheikhAlAzhar.jpg)
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887535_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
"Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali."
![Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719723019_SultanKedahSultan.jpg)
Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.
![PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719722162_Anwar.jpg)
PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah
Perdana Menteri dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
![PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719656321_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini
Anwar akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin
Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya memberi gambaran sesiapa pun berpeluang untuk bersuara tanpa diganggu-gugat.
![PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global
Ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.