NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah dijemput untuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, pada bulan Oktober.
Anwar berkata, beliau akan berada di UAE pada 5 dan 6 Okt untuk lawatan kerja, sebelum hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dihoskan Arab Saudi di Riyadh pada 16 Okt.
"UAE dan Arab Saudi mempunyai kerjasama yang lebih kukuh dengan kita. Kami berharap mereka akan melabur dengan lebih banyak," kata Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptamanya bertajuk 'Regaining Malaysia's Lead in Asia' (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada majlis Invest Malaysia New York pada Khamis, Anwar berkata terdapat minat yang semakin meningkat daripada anggota GCC terhadap ASEAN.
"Kami (ASEAN) menerima minat yang semakin meningkat daripada Arab Saudi, UAE dan Qatar," katanya.
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan UAE terus berkembang, dengan perdagangan dan pelaburan yang semakin meningkat.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di luar UNGA pada Selasa berkata, dari Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 5.7 peratus, iaitu daripada RM11.25 bilion kepada RM11.89 bilion.
Semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada Mei, Menteri Perdagangan UAE, Thani Al Zeyoudi berkata, pelaburan Malaysia di UAE berjumlah AS$150 juta, dan pelaburan UAE di Malaysia mencecah AS$220 juta.
Arab Saudi pula merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 mencatatkan AS$10.26 bilion, meningkat 159.2 peratus daripada 2021.
Antara projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor oleh Saudi Aramco. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![PM Anwar lawat UAE, hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Arab Saudi pada Oktober PM Anwar lawat UAE, hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Arab Saudi pada Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695332077_TBPMUSA.jpg)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diapit oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Wahid Omar ketika menjayakan majlis Invest Malaysia. - Gambar BERNAMA
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720838027_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman
Pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720146650_SheikhAlAzhar.jpg)
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887535_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
"Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali."
![Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719723019_SultanKedahSultan.jpg)
Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.
![PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719722162_Anwar.jpg)
PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah
Perdana Menteri dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
![PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719656321_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini
Anwar akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin
Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya memberi gambaran sesiapa pun berpeluang untuk bersuara tanpa diganggu-gugat.
![PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global
Ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.