HAMBURG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat bertemu dengan para pegawai eksekutif tertinggi syarikat semikonduktor berpangkalan di Belanda, Nexperia BV, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Xuezheng Zhang di bandar pelabuhan utama Jerman ini.
Para eksekutif lain ialah Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Urusan Nexperia Germany, Stefan Tilger; Ketua Pegawai Operasi, Achim Kempe; Ketua Hal Ehwal Korporat, Jean-Pierre Kempeneers dan Pengarah Kanan, Ketua Advokasi dan Perikatan, Hannes Van Raemdonck.
Turut hadir semasa pertemuan yang berlangsung selama 50 minit itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.
Nexperia BV memiliki anak syarikat milik penuh di Malaysia, Nexperia Malaysia Sdn Bhd, yang mengembangkan operasi dengan kilang terbaharunya di Seremban, Negeri Sembilan.
Semasa majlis pecah tanah pada 2021, dilaporkan bahawa menjelang 2026, Nexperia Malaysia merancang untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.6 bilion bagi bangunan, peralatan dan automasi di Malaysia.
Nexperia merupakan antara pemain terkemuka dalam pengeluaran semikonduktor dan komponen penting yang digunakan dalam pelbagai reka bentuk elektronik.
Antara produk utamanya termasuklah diod, transistor, dan peranti perlindungan nyahcas elektrostatik (ESD) serta litar bersepadu analog dan logik.
Anwar tiba di Berlin, Jerman, pada 10 Mac lepas bagi lawatan rasmi selama enam hari ke ekonomi ketiga terbesar dunia itu.
Semasa berada di Berlin, Anwar mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Canselor Olaf Scholz selain melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Frank-Walter Steinmeier.
Perdana Menteri juga melawat kilang Siemens Energy di Huttenstrabe sebelum bertemu dengan lebih 35 pemimpin industri dan pelabur berpotensi dari Eropah pada mesyuarat meja bulat perniagaan. - Bernama
Bernama
Fri Mar 15 2024
![PM Anwar bertemu eksekutif tertinggi Nexperia di Hamburg PM Anwar bertemu eksekutif tertinggi Nexperia di Hamburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710540059_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat Belanda Nexperia di Hamburg, pada Jumaat. Turut hadir Tengku Zafrul. - Gambar Bernama
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720838027_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika, Omar Suleiman
Pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720146650_SheikhAlAzhar.jpg)
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887535_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
"Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali."
![Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719723019_SultanKedahSultan.jpg)
Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.
![PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719722162_Anwar.jpg)
PM Anwar dahului 238 penerima pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah
Perdana Menteri dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
![PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719656321_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini
Anwar akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
![Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin
Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya memberi gambaran sesiapa pun berpeluang untuk bersuara tanpa diganggu-gugat.
![PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global
Ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.