NEW YORK: Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan berasingan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas perbincangan tersebut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia.
"Kerajaan Perpaduan juga akan memudah cara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara," kata Perdana Menteri yang berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke-78.
Antara yang hadir adalah Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Google Ruth Porat, Presiden Boeing Global Dr Brendan Nelson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Medtronic Geoff Martha, serta Pengarah Urusan Global, Siemens Healthcare Tisha Boatman.
Pertemuan yang berlangsung di hotel penginapan Anwar di New York itu turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Kadir serta wakil daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade).
Pada sebelah pagi Khamis, Anwar mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York.
Perdana Menteri juga telah mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia.
Menurutnya, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kedua-dua mereka untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.
"Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan," katanya.
Anwar berkata mereka juga bersetuju pendidikan yang lebih menyeluruh perlu diberi tumpuan demi bina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan.
"Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Pada sebelah pagi Khamis, Anwar mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500. - Foto Bernama
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.
Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian
Anwar dalam hantaran di laman Facebook berkata kemenangan itu mencerminkan semangat demokrasi rakyat Iran dan masa depan yang cerah buat negara itu.
Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu.
Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera anaknya.
PM arah menteri, pegawai kanan kerajaan serius pantau situasi kampung
Perdana Menteri mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya mengambil serius tanggunggjawab mereka memantau situasi di kampung.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi
Persiapan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai depan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.