KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi itu merupakan susulan daripada pertemuan mereka di Amerika Syarikat (AS) tahun lepas.
Beliau berkata ketika sesi tersebut Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan bidang yang boleh diperluaskan pihaknya di Malaysia berdasarkan penerangan sebelum ini oleh Perdana Menteri mengenai misi dan tumpuan kerajaan Malaysia.
"Alphabet dan Google amat mengalu-alukan kepimpinan, komitmen dan kepantasan pemudah cara yang telah diberikan kerajaan Malaysia sejak pertemuan lalu," kata Anwar.
Perdana Menteri juga berkata perbincangan mereka turut menyentuh kepentingan kerjasama dan dukungan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) berkaitan sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian.
"Saya tegaskan bahawa ikhtiar-ikhtiar ini akhirnya perlu membawa manfaat ekonomi dan sosial yang menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana kelompok masyarakat terutamanya dari segi literasi teknologi," katanya.
Beliau berharap usaha itu akan membuahkan hasil terutama dalam melancarkan perancangan transisi teknologi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Pada November 2023, kerajaan Malaysia dan Google mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang pesat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.