PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperuntukkan kira-kira RM5 juta bagi melaksanakan Program Keusahawanan Wanita (WEP) dalam usaha memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di kawasan rehat dan rawatnya.
Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan menawarkan kursus latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada 20 wanita setiap tahun dalam jangka masa lima tahun.
"Menerusi program WEP juga, usahawan wanita berpeluang untuk mengembangkan perniagaan dan memasarkan produk mereka secara terus kepada pelanggan lebuhraya di R&R ataupun hentian sebelah.
"Sasaran utama WEP adalah kaum wanita yang tinggal di dalam lingkungan 30 kilometer (km) dari lebuhraya PLUS seperti ibu tunggal, golongan B40 dan mereka yang berumur di antara 23 sehingga 36 tahun.
"Pendaftaran untuk WEP akan dibuka pada 15 April ini dan pengambilan pertama akan bermula pada Ogos. Mereka yang terpilih akan diberikan latihan dan pendedahan terhadap selok-belok dunia perniagaan oleh PLUS termasuk pensijilan industri yang diiktiraf dan juga akreditasi," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program WEP PLUS di sini, pada Isnin.
WEP turut mendapat sokongan penuh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selaras hasrar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya.
Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 gerai yang beroperasi di R&R PLUS.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 peratus diusahakan wanita di mana tujuh peratus daripadanya terdiri daripada ibu-ibu tunggal.
Dalam pada itu kata Mohd Sheriff, kewujudan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS berjaya menyediakan lebih daripada 5,500 peluang pekerjaan kepada rakyat.
Katanya, PLUS juga akan memulakan projek memberi wajah baru kepada beberapa R&R bermula tahun ini untuk keselesaan pelanggan.
"Bermula dengan R&R Seremban (Arah Selatan), kami bercadang memberi wajah baru kepada sekurang-kurangnya lima R&R dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"PLUS juga berharap, dengan projek naik taraf ini, usahawan tempatan termasuk usahawan wanita dan ibu tunggal dapat meningkatkan lagi hasil perniagaan mereka sekali gus membantu mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dan ahli keluarga mereka," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 04 2019

MOHD SHERIFF: Inisiatif CSR itu akan menawarkan kursus latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada 20 wanita setiap tahun. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Percepat pakej rangsangan ekonomi ketiga, PKS mikro makin 'lumpuh'
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pelaksanaan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang diumumkan menerusi Pakej PRIHATIN PKS Tambahan juga perlu ditambah baik.

PLUS peruntuk RM5 juta perkasa usahawan wanita
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan menawarkan kursus latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada 20 wanita setiap tahun.