Kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik lima peratus mulai tahun hadapan, sekiranya Plus Malaysia Berhad (PLUS) mendapat persetujuan kerajaan.
Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, berdasarkan perjanjian konsensi, PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016.
Tambahnya, keputusan ini bergantung kepada kerajaan kerana kerajaan belum lagi mengumumkannya.
“Sama ada bagi PLUS boleh mendapat kenaikan tapi kalau ikutkan perjanjian konsensi memang PLUS sepatutnya naik pada tahun hadapan,tapi naiknya tak banyak lima peratus sahaja bersamaan 0.68 sen satu kilometer. Ini bermakna kalau orang yang travel 100 kilometer mereka akan membayar 70 sen sahaja lebih daripada biasa ... tak banyak.”
Beliau berkata kenaikan itu selaras dengan perjanjian yang menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sekali bagi tempoh 2016 hingga 2038.
Jelas Noorizah, kenaikan perlu dilakukan secara berperingkat.
Menurut beliau, kenaikan ini bertujuan untuk mengelakkan PLUS daripada menanggung beban kerana tiada kenaikan harga tol dibuat dari tahun 2005 hingga sekarang.
“Keperluan memang ada ... sebab itu dalam perjanjian konsensi kita menganggarkan keperluan yang masa-masa akan datang sebab kos makin hari makin meningkat, bukan? Jadi, di atas peningkatan kos yang terpaksa kita tanggung disebabkan itu dalam perjanjian konsensi telah dimaktubkan kenaikan berperingkat secara berperingkat.”
Tambahnya, selama ini PLUS terpaksa menanggung kenaikan kos susulan tiada kenaikan kadar tol.
Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian kelengkapan sekolah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di Jerlun, Kedah.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.
Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.
Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Dec 14 2015

Gambar fail ini menunjukkan sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di Plaza Tol Mambau (gambar) bermula 1 Jun depan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter
Harga runcit bagi petrol RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 21 hingga 27 Sept.

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April.

COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster
Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program Preventing Outbreak at Ignition Site (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.

Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan
Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.

Harga RON95, RON97 naik 1 sen
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 17 Oktober sehingga 23 Oktober 2020.

RON97 lepasi harga RM2 seliter, RON95 naik 3 sen tengah malam ini
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook rasmi KPDNHEP, harga tersebut adalah bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos ini.

Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat
Harga emas berpotensi untuk terus melambung ke paras AS$2,000 seauns dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi selepas logam berharga ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$1,980 seauns.

RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter
Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik 10 sen bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2020.

RON 97 naik 2 sen mulai tengah malam nanti
Harga bagi RON95 dan diesel kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen
Harga runcit mingguan bagi produk petrol pada minggu ini mengalami penurunan manakala diesel mengalami sedikit kenaikan.