Harga emas berpotensi untuk terus melambung ke paras AS$2,000 seauns dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi selepas logam berharga ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$1,980 seauns baru-baru ini.
Kelemahan dolar serta ketidakpastian yang timbul daripada pandemik COVID-19 dan ketegangan geopolitik turut memberi ruang kepada harga emas untuk terus meningkat.
Ahli ekonomi OCBC Bank Howie Lee berkata, besar kemungkinan paras AS$2,000 seauns adalah sasarannya dengan pemangkin kepada kenaikan harga emas ialah kejatuhan dolar AS tidak lama dulu.
"Dengan pengumuman rangsangan fiskal seterusnya di Amerika Syarikat, harga emas dijangka meningkat ekoran kebimbangan mengenai inflasi selain daripada kelemahan dolar AS," kata beliau kepada Bernama.
Lee berkata apa yang akhirnya akan dilihat ialah inflasi aset yang mana strategi "barbell" menjadi tema semasa para pelabur.
Katanya, pelabur-pelabur ini akan terus melaburkan lebihan kecairan ke dalam aset berisiko dan pada masa yang sama, mereka turut membeli dengan banyak untuk melindung nilai emas bagi mengelakkannya daripada peningkatan risiko menurun sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.
Emas peroleh momentum selepas Rizab Persekutuan AS ulangi janji sokong ekonomi
Penganalisis pasaran OANDA New York, Edward Moya berkata dagangan emas terus melonjak berikutan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell, yang bank pusat AS telah memperbaharui janji untuk tambahan rangsangan bagi menyokong ekonomi sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19.
Beliau menegaskan harga emas akan terus meningkat tinggi selepas Persekutuan berjanji untuk mengekalkan rangsangan berkenaan.
"Emas jatuh beberapa dolar sahaja daripada paras AS$2,000 dan para peniaga mengaut untung selepas Powell menyatakan bahawa dasar fiskal adalah penting.
"Perdagangan rangsangan emas tetap utuh tetapi mungkin boleh jadi sebaliknya sekiranya parti Republican dan Demokrat gagal dengan rang undang-undang bantuan COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.
"Usaha Persekutuan tidak akan lenyap, tetapi sekiranya Kongres gagal mengendalikan saiz dan pemasaan rang undang-undang itu, emas boleh bertahan pada paras semasa sebelum mencecah melangkaui paras AS$2,000," kata beliau.
Peniaga barang kemas raih manfaat
Sementara itu, syarikat jenama barang kemas tempatan -- Habib Jewels Sdn Bhd melihat aliran menaik harga emas akan terus membawa sentimen positif terhadap tingkah laku pembelian pengguna terhadap logam berharga berkenaan.
Pengurus Besar Mohd Zaruddin Mahmud berkata syarikat masih mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelanggan yang datang untuk membeli kedua-dua barang kemas emas dan emas jongkong meskipun harganya melambung tinggi.
"Melihat kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak nampak tanda-tanda pemulihan dalam masa yang singkat ini, saya merasakan harga emas akan kekal tinggi sehinggalah vaksin COVID-19 dibangunkan.
"Selagi vaksin tidak ditemui dan banyak negara terpaksa menutup perniagaan, selagi itulah harga emas akan meningkat kerana permintaan untuknya sangat tinggi kerana pelabur telah beralih kepada komoditi yang selamat," tambah beliau.
Kekurangan kecairan dalam niaga hadapan emas tempatan
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling berkata kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak berubah minggu ini meskipun terdapatnya pergerakan positif untuk emas di COMEX AS.
Ong berkata kekurangan kecairan (jumlah dagangan) disebabkan oleh kekurangan peserta di pasaran niaga hadapan emas adalah salah satu kemungkinan mengapa dagangan niaga hadapan emas tempatan berakhir tanpa mencatatkan sebarang jumlah dagangan.
Sebab lain ialah mungkin ramai pelabur lebih memberikan tumpuan kepada emas USD, katanya.
Sementara itu, Ong berkata harga-harga emas terus mendapatkan sokongan daripada ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China.
Beliau menambah perang tarif selama dua tahun antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu telah menyebabkan perdagangan dunia merosot, yang sebaliknya pula, memberi rahmat kepada logam emas untuk terus berkilauan.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020

Harga emas terus mendapatkan sokongan daripada ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China.. -Gambar hiasan/ Pixabay.com
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.