KUALA LUMPUR: Gobi Partners dan Kumpulan Modal Perdana (KMP) telah melabur pembiayaan dana modal teroka (VC) untuk pusingan permulaan Vircle, sebuah perkhidmatan neobanking Malaysia.
Gobi Partners, sebuah firma VC Asia memfasilitasi pelaburannya melalui Gobi Dana Impak Ventures (GDIV) manakala Kumpulan Modal Perdana (KMP), sebuah VC tertumpu kepada teknologi.
GDIV merupakan sebahagian daripada Program Malaysia Masa Depan dilancarkan Khazanah, sebuah inisiatif di bawah mandat Dana Impak, dana kekayaan kedaulatan Malaysia bagi menyokong ekosistem syarikat pemula negara.
Ia merangkumi para usahawan, syarikat pemula, modal teroka dan program teroka korporat.
Vircle ditubuhkan pada Mac 2021 bertujuan memupuk tabiat kewangan dan perbankan dalam kalangan kanak kanak melalui aplikasi tersendiri sejak peringkat awal lagi.
“Sehingga kini, Vircle telah bekerjasama dengan puluhan sekolah swasta dan antarabangsa di seluruh Malaysia.
“Dengan pembiayaan ini, Vircle berharap dapat memperluas perkhidmatannya ke sekolah-sekolah awam pula.
Pengasasnya, Gokula Krishnan Subramaniam berkata kad prabayar Visa kanak-kanak pertama di Malaysia, Vircle ini menawarkan ibu bapa sistem kewangan teratur untuk membantu membimbing anak-anak dalam mengendalikan persekitaran perbankan tanpa tunai dan digital sebagai permulaan pengenalan yang selamat.
Selain itu, Vircle dapat memudahkan urusan pengawasan perbelanjaan anak-anak secara terperinci tanpa sempadan, selain menanamkan sikap tanggungjawab dan celik kewangan.
"Misi kami adalah untuk membuka akaun bank bagi satu juta kanak-kanak Malaysia dan jumlah keseluruhan tiga juta kanak-kanak di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Kami akan mencapainya dengan terus berinovasi dalam kerjasama dengan ibu bapa dan pihak berkuasa yang disokong oleh pembiayaan dari pelabur kami seperti KMP dan GDIV," katanya.
Vircle ditubuhkan oleh Gokula Krishnan Subramaniam dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, produk, komersial, penyelesaian, dan jualan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KMP, Yarham Yunus berkata pelaburan mereka akan mempercepatkan misi Vircle untuk mengubah literasi kewangan bagi kanak-kanak dengan memasukkan keupayaan analisis data.
“Saya sangat teruja apabila melihat jumlah pengguna dan transaksi meningkat dua kali ganda setiap tahun sepanjang dua tahun terakhir, membuktikan kerjasama ini mempunyai potensi yang besar,” jelasnya optimis.
Pengasas bersama dan Pengerusi Gobi, Thomas Tsao berkata di sebuah rantau di mana 160 juta kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan, Vircle muncul sebagai membawa penyelasaian dan harapan.
“Dengan penekanan pada pembangunan kemahiran pengurusan wang, Vircle dapat mengatasi jurang dalam sistem pendidikan dan isi rumah di seluruh Asia Tenggara,” tambah beliau.
Nabilah Khaleeda
Wed Nov 01 2023
Dari kiri Yarham Yunus, Gokula Krishnan dan Thomas G. Tsao bergambar untuk foto bersama. - Foto Credit Vircle
AWANI Pagi: MIIEX’24: Memperkasa keperluan khas melalui penciptaan & inovasi
Pertandingan Melaka International Intellectual Exposition 2024 (MIIEX), kembali tahun ini untuk kali ke-13 dengan tema 'Memperkasa Keperluan Khas Melalui Penciptaan dan Inovasi'. Ikuti kupasan mengenai pembudayaan inovasi melalui pertandingan ini dalam Awani Pagi 8.30 pagi Isnin.
Niaga AWANI: Inflasi AS meningkat, The Fed tidak akan turunkan kadar feadah?
Data inflasi terbaharu Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan sekaligus menimbulkan kegusaran sama ada bank pusat, The Fed akan menurunkan kadar faedah atau tidak. Jika The Fed mengekalkan kadar faedah, ini bermakna ekonomi dunia, khususnya negara membangun juga akan menerima kesan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Ubat menumbuhkan semula gigi diuji pada manusia tahun ini
Ujian ke atas manusia akan dilakukan Hospitak Universiti Kyoto pada September 2024 hingga Ogos 2025.
Jutawan Jepun batal misi mengelilingi bulan kerana kelewatan SpaceX
Maezawa berkata keputusan membatalkan misi terpaksa dilakukan kerana kini tidak ada tarikh bilakah ia akan dapat dilancarkan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan mata wang tempatan itu akan kekal dalam julat kecil di sekitar 4.7000 selepas meningkat pada awal minggu lalu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Tekanan Menurun di Bursa Malaysia: Pelabur Berwaspada
Bursa Malaysia dijangka mengalami tekanan menurun yang berterusan pada minggu ini berikutan pelabur kekal berwaspada. Pelaburan lebih cenderung kepada sektor defensif dan mengelakkan risiko.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
Mr Beast kini saluran YouTube dengan jumlah pengikut tertinggi
Mr Beast berkata kejayaan ini ialah bagi membalas kekalahan PewDiePie yang dipintas oleh T-Series sekitar lima tahun yang lalu.
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Selangor tawan Jakarta
Ini merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nizam Jamil selepas muncul juara SAC 2024 April lalu.
Pengguna GXBank kini boleh membuat transaksi guna kod QR DuitNow
GX Bank Berhad (GXBank) kini menyokong ciri pembayaran menggunakan kod QR DuitNow yang membolehkan transaksi dibuat dengan mudah dan pantas.
Usaha literasi kewangan perlu dipertingkat seawal peringkat sekolah - Ahmad Maslan
Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan 'buta' dalam pengurusan kewangan.
Platform kewangan kanak-kanak terima dana pembiayaan Gobi Partners, KMP
Gobi Partners dan Kumpulan Modal Perdana (KMP) telah melabur pembiayaan dana modal teroka (VC) untuk pusingan permulaan Vircle, sebuah perkhidmatan neobanking Malaysia.
Modul literasi kewangan dicadang dimasukkan dalam program PLKN 3.0 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyarankan agar modul literasi kewangan turut dimasukkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai persediaan awal generasi muda hadapi cabaran masa depan.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Pembayaran tanpa tunai semakin jadi pilihan dalam kalangan pengguna, peniaga
Ia dikatakan lebih selesa dan selamat untuk digunakan dalam segala urusan harian serta perniagaan.
Bajet 2023: Literasi kewangan dalam kalangan rakyat wajar diberi perhatian khusus
Insentif yang bakal diterima sektor kewangan juga perlu lebih meluas bukan sahaja kepada pemilik perniagaan, malah pelabur runcit.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Lebih 50 peratus pencarum KWSP berumur 54 tahun simpan kurang RM50,000
Menurut KWSP, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.