Sebanyak 54 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang kurang daripada RM50,000 bagi menampung kehidupan mereka selepas bersara.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.
Untuk rekod, sehingga kini KWSP mempunyai 14.6 juta pencarum aktif dan 530,000 majikan dengan jumlah dana yang diuruskan sebanyak RM940 bilion.
"Simpanan asas yang ditetapkan KWSP adalah RM240,000 kerana purata jangka hayat rakyat negara ini kini meningkat kepada 75 tahun dan secara amnya rakyat akan mengharungi tempoh persaraan yang agak lama iaitu sekitar 20 tahun, berdasarkan umur persaraan kebanyakannya berusia 55 tahun.
Keadaan ini membimbangkan dan berkemungkinan menjadi lebih serius pada masa akan datang sekali gus memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup rakyat dan membebankan kerajaan," katanya ketika berucap pada Program 'Financial Well-Being' dan Insentif i-Suri Peringkat negeri Melaka di sini, pada Jumaat.
Program berkenaan dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
BACA: Sikap pencarum KWSP membimbangkan
BACA: Pengeluaran penuh pada umur 55 kekal - KWSP
VIDEO: Jangan habiskan wang simpanan KWSP semata-mata
Mohd Naim berkata antara faktor menyebabkan simpanan pencarum masih kurang, disebabkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat masih rendah dan agak membimbangkan iaitu sekitar 36 peratus berbanding negara lain seperti Singapura pada kadar 59 peratus dan Myanmar 52 peratus.
Beliau berkata justeru itu, KWSP menggalakkan lebih ramai rakyat khususnya golongan bekerja sendiri, seperti peniaga dalam talian dan pemandu e-hailing berdaftar di bawah Program Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) bagi menjamin masa depan terutamanya sepanjang persaraan mereka.
Katanya sehingga Jun lepas, hanya 255,958 individu dari seluruh negara telah berdaftar di bawah i-Saraan.
i-Saraan adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan golongan bekerja sendiri mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan dengan membuat bayaran atau caruman secara sukarela mengikut kemampuan dan tidak melebihi RM60,000 setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020

Sehingga kini KWSP mempunyai 14.6 juta pencarum aktif dan 530,000 majikan dengan jumlah dana yang diuruskan sebanyak RM940 bilion.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Terdapat keperluan wujud akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Lebih 2,000 pekerja sendiri sektor pengangkutan di Terengganu mencarum SKSPS
Perkeso Terengganu yakin masih ramai pekerja sendiri dalam sektor tersebut belum mencarum di bawah SKSPS.

PKP 3.0 beri kesan kepada B40 dan buruh di Kelantan - ADUN Kok Lanas
PKP 3.0 yang dilaksanakan hari ini bakal memberi kesan kepada golongan B40, peniaga, bekerja sendiri dan buruh di Kelantan.

Masih ramai individu bekerja sendiri di Terengganu belum mencarum dengan Perkeso
Setakat tahun lepas, hanya 3,924 individu bekerja sendiri dari pelbagai sektor telah mencarum di bawah SKSPS Perkeso.

Lebih 50 peratus pencarum KWSP berumur 54 tahun simpan kurang RM50,000
Menurut KWSP, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.

Potongan caruman Perkeso babit 3,879 nelayan pada 15 Ogos ini
Potongan caruman Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan 3,879 nelayan zon A iaitu pemilik dan awak-awak serta nelayan zon B, C dan C2 (awak-awak) sebanyak RM157.20 pada 15 Ogos ini.

Rakyat Amerika makin hilang selera kerja bawah 'boss' - Laporan
Ramai masyarakat Amerika tidak ingin bekerja di bawah kongkongan majikan dan bekerja sendiri menjadi pilihan utama dalam memilih kerjaya, menurut laporan terbaru daripada syarikat Freshbooks.