SHAH ALAM: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang hari ini menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini bagi menguruskan segala kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata penubuhan pusat bermula 8 malam tadi akan beroperasi secara 24 jam sebagai persediaan pengurusan bencana daerah dalam mengurangkan risiko dan mudarat yang mungkin akan berlaku.
Abdul Latiff berkata penubuhan PKTK juga berasaskan kepada amaran awal yang diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan data yang diberikan oleh agensi berkaitan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di titik panas kejadian banjir yang telah dikenal pasti.
"Di seluruh negara ada hot spot masing-masing, tapi pengalaman lama (banjir 16 hingga 19 Dis 2021) mengajar kita bagaimana nak urus (bencana) dengan lebih proaktif," katanya kepada pemberita selepas meninjau PKTK di Taman Sri Muda malam ini.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 11 pam air disediakan oleh JPS dengan lapan daripadanya diletakkan di Taman Sri Muda dan pihaknya akan menyewa empat lagi pam bagi persediaan menghadapi banjir.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata PKTK itu akan dibuka 24 jam bergantung kepada keadaan cuaca.
"Pusat berkenaan mula beroperasi pukul 8 malam tadi dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota. Kita juga menempatkan lima bot di sini. Ada juga anggota kita yang bersiap siaga di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sekiranya berlaku kejadian banjir malam ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Abdul Latiff berkata sebanyak 11 pam air disediakan oleh JPS dengan lapan daripadanya diletakkan di Taman Sri Muda dan pihaknya akan menyewa empat lagi pam bagi persediaan menghadapi banjir. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.