PERSATUAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai 1 April 2022.
2. Pembukaan semula sempadan akan membantu pemulihan ekonomi negara. Ekonomi kita berkembang pada kadar 3.1 peratus tahun lepas berbanding penurunan 5.6 peratus pada 2020. Ini ekoran penutupan berpanjangan ditambah pula dengan penutupan berterusan sempadan negara. Dengan penarikan balik sekatan seperti kuarantin mandatori, sasaran pertumbuhan KDNK 5.5 - 6.0 peratus untuk 2022 menjadi lebih realistik.
3. Selain sektor pelancongan, semua PKS dari industri lain turut akan mendapat manfaat daripada pembukaan sempadan melalui fasilitasi perdagangan dan perniagaan yang lebih teratur.
4. Pada 20 Februari 2022, Samenta menggesa pembukaan semula sempadan dan peralihan ke fasa endemik secara secepat mungkin. Kami sukacita bahawa tarikh untuk kedua-duanya sudahpun diumum hari ini. Ini adalah isyarat jelas bahawa negara tidak akan kembali kepada ketidaktentuan seperti sebelum ini dan iklim perniagaan yang sukar seperti yang dialami semasa pelbagai perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 dan 2021.
5. Pemulihan PKS masih lagi terjejas. Pengumuman hari ini dapat membantu menyokong pemulihan PKS, tetapi lebih banyak bantuan dalam bentuk pembiayaan automasi dan prapenghantaran akan diperlukan kerana produktiviti yang lembap dan kekangan aliran tunai kekal sebagai cabaran utama bagi PKS di seluruh negara
DATUK WILLIAM NG
Pengerusi Samenta
Kenyataan Media
Tue Mar 08 2022

William berkata, semua PKS daripada industri selain pelancongan turut akan mendapat manfaat daripada pembukaan sempadan negara. - Gambar fail/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.

SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.

SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.

5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.

PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.

PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir | Dagang News

PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

Kabinet baharu diminta fokus kepada perniagaan, bukan sekadar pengguna
Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.

MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.