Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, mendesak Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning meletak jawatan kerana terlibat dalam politik wang.
Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata UMNO telah mengantung keanggotaan Saipolbahri yang dikatakan terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lepas.
Jui Meng berkata pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berwajib.
“Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang menyebut Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.
"Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jui Meng menegaskan, budaya politik wang yang kronik itu perlu dibendung agar ia tidak merebak ke dalam PKR.
“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul telah pun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek ini tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini,” katanya.
Isnin lalu, Bernama melaporkan Badan Perhubungan UMNO Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.
Astro Awani
Sun Feb 16 2014
![PKR Johor: ADUN Bukit Naning digesa letak jawatan PKR Johor: ADUN Bukit Naning digesa letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392530102_295x200.jpg)
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![PKR Johor: ADUN Bukit Naning digesa letak jawatan PKR Johor: ADUN Bukit Naning digesa letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/71392530102_295x200.jpg)
PKR Johor: ADUN Bukit Naning digesa letak jawatan
Datuk Chua Jui Meng berkata pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berwajib.