Kerajaan memutuskan agar pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran atau mendaftar sebagai pelajar baharu, kini tidak lagi memerlukan kelulusan permohonan Jabatan Imigresen Malaysia.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya, golongan itu hanya perlu menunjukkan surat tawaran institusi berkenaan, atau kad pelajar sedia ada.
"Kita dimaklumkan, Jabatan Imigresen telah membenarkan pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pelajaran, atau mendaftar sebagai pelajar baharu terus boleh keluar negara tanpa perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Imigresen.
"Bagaimanapun, mereka perlu menunjukkan bukti sewaktu diperiksa oleh Jabatan Imigresen. Kepada pelajar baharu, tunjukkan surat tawaran daripada universiti yang berkaitan. Bagi pelajar yang hendak menyambung pengajian ke luar negara, tunjukkan kad pelajar saja," katanya lagi.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, ibu bapa atau keluarga yang ingin mengiringi pelajar terbabit juga turut dibenarkan, tetapi jumlahnya dihadkan kepada dua orang sahaja.
Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 24 Julai hingga 14 September, 2020, seramai 29,054 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa.
Daripada jumlah berkenaan, 10,414 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 75 hotel dan 8 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta.
"71 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 18,569 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah," katanya lagi.
Mengenai bekalan barangan keperluan harian, Ismail Sabri berkata, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 771 premis perniagaan termasuk peruncit (580), pemborong (163) dan pengilang (28).
"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,654 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,629 premis mematuhi SOP yang ditetapkan. 25 premis pula diberi nasihat kerana tidak patuh SOP," katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Sep 15 2020

Pelajar yang perlu ke luar negara kini hanya perlu menunjukkan surat tawaran institusi berkenaan, atau kad pelajar sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.