Proses pemotongan gelang kuarantin di dua zon yang terletak dalam kawasan penguatkuasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) Amanjaya iaitu di Zon Mawar dan Melor yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan.
Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, ia susulan pemakluman yang diterima Bilik Gerakan berkenaan notifikasi kes baharu COVID-19 yang melibatkan kedua-dua zon berkenaan.
Bagaimanapun, proses pemotongan gelang bagi pelepasan kuarantin di Zon Kenanga akan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
Sementara itu, tinjauan di hadapan Sekatan Jalan Raya (SJR) Zon Kenanga mendapati beberapa buah kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda dilihat memasuki kawasan zon berkenaan seawal jam 8.30 pagi.
Pada Sabtu, PKD Kuala Muda telah menetapkan 13 September sebagai tarikh untuk penduduk di tiga zon di dalam kawasan TEMCO Amanjaya untuk menjalani proses pemotongan gelang bagi pelepasan kuarantin di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.
Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Kedah yang sepatutnya berakhir pada Khamis dilanjutkan tiga hari lagi hingga hari ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu keputusan saringan kedua melibatkan penduduk di kawasan itu.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 13 2020
Proses pemotongan gelang kuarantin di Zon Mawar dan Melor yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguh. -Astro AWANI
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit
Bomba terpaksa mengambil masa lebih 12 jam untuk kerja pemadaman api di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani.
Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
PKPD Amanjaya: 4,148 keluarga terima bantuan fasa pertama JKM
Antara yang diagihkan dalam program fasa pertama itu adalah beberapa barang keperluan termasuk beras, minyak masak, gula dan kopi.