IPOH: Polis Perak akan menambah bilangan sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk tanpa kebenaran di empat mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa 22 Mei hingga 4 Jun.
Empat mukim itu ialah Pengkalan Hulu di Daerah Hulu Perak; Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama; Hulu Kinta (meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) di Daerah Kinta dan Hulu Bernam Timur di Daerah Muallim.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya juga akan menambah bilangan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta seluruh elemen rondaan yang akan dilakukan secara berterusan, terutama selepas jam 10 malam.
Pada masa sama, kata beliau, PDRM Perak juga akan mendirikan Op Payung di kawasan-kawasan strategik yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Penugasan PDRM ini turut dibantu oleh pelbagai agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan masyarakat di Perak supaya sentiasa bersabar dan memberi kerjasama penuh kepada semua agensi yang terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD itu.
Mior Faridalatrash berkata, orang ramai juga perlu sedar bahawa kadar jangkitan yang berlaku kini adalah tinggi.
Sehubungan itu, katanya, mereka diminta mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan, seterusnya menjadikan kawasan yang terlibat dan di negeri Perak selamat daripada sebarang jangkitan wabak berkenaan.
“PDRM Perak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada orang ramai yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuatkuasa,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 21 2021

PDRM Perak juga akan mendirikan Op Payung di kawasan-kawasan strategik yang menjadi tumpuan orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.