Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun itu ditahan jam 8.45 malam, Rabu lepas oleh pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan terbabit.
Katanya, salah seorang suspek dilihat membaling mercun menyebabkan pegawai polis berhenti di hadapan rumah itu untuk menasihatkannya supaya tidak meneruskan perbuatan tersebut, namun ia menyebabkan suspek marah.
"Ketika itu, seorang wanita yang menaiki kereta Proton Waja tiba di perkarangan rumah itu dan mengeluarkan kata-kata terhadap pegawai polis sebelum seorang lagi wanita keluar dari rumah dan melakukan perbuatan sama.
"Pegawai itu memberi nasihat kepada suspek untuk menghentikan perbuatan itu, namun mereka enggan memberi kerjasama selain turut menghalang polis daripada melakukan tugas," katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Jumaat.
Mansor berkata semua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat.
"Polis menasihatkan orang awam untuk tidak bermain mercun atau apa-apa jenis bahan letupan dan patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Semua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957. Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.
Suami isteri antara tiga ditahan miliki, edar ganja
Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan disyaki memiliki 14.4 kilogram dadah jenis ganja dianggar bernilai RM49,200.
Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.
Kemalangan 10 kenderaan: Pemandu lori ditahan, positif dadah
Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan 10 kenderaan di Jalan Seremban-Tampin didapati positif dadah jenis methamphethamine.
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
Dua lelaki disyaki along ditahan polis
Dua lelaki ditahan di Taman Rima Gamelan, Bercham semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.
Greta Thunberg ditahan semasa protes pro-Palestin
Thunberg memakai selendang di bahunya yang dicetak dengan corak tradisional Palestin.
Empat lelaki ditahan curi kabel TM di Sungai Siput
Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terbabit dengan aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Kampung Temin, Sungai Siput (U) hari ini.
Tiga lelaki ditahan kes pukul pekerja kedai serbaneka
Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala.