KOTA KINABALU:Bermula esok setiap keluarga yang berkunjung di mana-mana restoran di Sabah dibenarkan duduk semeja.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
"Setelah mengambil kira saranan oleh jawatankuasa terbabit, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pelanggan yang datang berkeluarga dari rumah yang sama duduk semeja.
"Ia juga perlu mengambil kira kapasiti meja di mana-mana restoran yang dikunjungi.
"Kelonggaran ini adalah bagi membolehkan mereka yang berkeluarga dapat makan bersama di restoran tanpa perlu duduk berasingan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Sementara itu, kerajaan negeri turut meluluskan kebenaran masuk ke Sabah tanpa perlu menjalani kuarantin wajib bagi rakyat negeri itu yang berada di Brunei.
"Pada hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah turut bersetuju memberi kelonggaran kepada rakyat negeri Sabah yang berada di negara Brunei masuk ke Sabah tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
"Bagaimanapun individu tersebut adalah diwajibkan menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Ag COVID-19.
"Keputusan ujian saringan tersebut mestilah dalam tempoh satu hingga tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah," jelasnya.
Pada Selasa, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 260 kes dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,371 kes dengan tiga kes kematian dicatatkan di daerah Sandakan.
Daripada 260 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 139 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 15 daerah, 52 kes dari saringan kluster-kluster sedia ada, 34 kes dari saringan bergejala, lapan kes dari saringan komuniti dan 27 kes adalah dari lain-lain kategori.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Dec 15 2020
Bermula esok, setiap keluarga yang berkunjung di mana-mana restoran di Sabah dibenarkan duduk semeja. - Gambar fail
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
TMJ ajak FAM, pakar bola sepak semuka
Tunku Ismail mencadangkan Tan Cheng Hoe, Bojan Hodak dan Lim Teong Kim sebagai antara individu yang boleh dipanggil.
Annuar Musa selesai beri keterangan kepada polis kes dakwaan langgar SOP
Tan Sri Annuar Musa sudah memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menghadiri majlis baru-baru ini.
PKPB Sabah: Sekeluarga kini dibenar duduk semeja di restoran
Bermula esok setiap keluarga yang berkunjung di mana-mana restoran di Sabah dibenarkan duduk semeja.
BN dan PAS tak 'gocoh' pun
Tetapi negeri ini yang mana penduduknya dalam apa jua keadaan mahu syiar Islam ditegakkan, ada ketika perbezaan politik ini terbawa-bawa dalam agama.
PAS Kelantan sokong tiada perundingan dengan DAP
PAS Kelantan menyokong penuh keputusan pimpinan PAS Pusat yang berpendirian parti itu tidak akan 'duduk semeja' bagi mengadakan perundingan dengan DAP.