IPOH: Solat fardu, Jumaat, jenazah dan sunat Aidilfitri dibenarkan dengan tidak melebihi 50 jemaah di masjid dan surau di seluruh Perak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, bilangan jemaah itu juga termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah di masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.
Beliau berkata kebenaran itu termaktub dalam pekeliling pelaksanaan aktiviti keagamaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang turut memberi kebenaran kepada 20 jemaah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah di masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah.
"Ia termasuk surau-surau yang diberi kebenaran khas, kawasan Kem Tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang," katanya.
Menurutnya, kuliah juga dibenarkan dalam ruang waktu antara selesai solat maghrib sementara menantikan masuknya waktu solat isyak.
"Tazkirah tidak melebihi 30 minit kepada jemaah yang berada di dalam masjid dan surau sementara menanti azan solat Jumaat turut dibenarkan," katanya.
JAIPk turut menetapkan kehadiran menunaikan solat hanya dibenarkan kepada warganegara lelaki dan berusia 12 tahun ke atas.
Solat sunat Aidilfitri di Perak juga dibenarkan di kawasan lapang dan terbuka tidak melebihi 50 orang dengan mematuhi penjarakan fizikal.
Takbir raya pula dibenarkan di masjid dan surau namun takbir dari rumah ke rumah serta ziarah kubur tidak dibenarkan.
Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilapor membatalkan hasrat baginda untuk berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah dan mengadakan jamuan hari raya di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada hari pertama Syawal.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan semalam berkata masjid dan surau dibenarkan mengadakan solat sunat Aidilfitri dengan had jemaah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Bagaimanapun katanya, Sultan Nazrin tidak membenarkan jamuan diadakan di masjid, surau dan kawasan lapang terbuka selepas solat sunat Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021

Sultan Nazrin tidak membenarkan jamuan diadakan di masjid, surau dan kawasan lapang terbuka selepas solat sunat Aidilfitri. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.

Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.

Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.

Gempa Turkiye: Mangsa terperangkap di bawah runtuhan minta air untuk dirikan solat
Warga emas itu meminta air bagi mendirikan solat dalam keadaan masih terperangkap kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu

Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.

Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau berkuat kuasa esok.

Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia
Bapa penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.

Rumah macam taska, ramainya nak belajar puasa dengan Ozlynn!
Bukan hanya berpuasa, bahkan kesemua anak-anak pasangan ini sudah diajar mengerjakan solat sejak mereka kecil.

Persiapan sambut tarawih pertama berjalan lancar
Pihak pengurusan masjid telah melaksanakan persiapan awal seperti melakukan sanitasi dan pembersihan kawasan ruang solat.