Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa 'keras' dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.
"Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi kita harap rakyat patuh (PKP)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di sini hari ini.
Mengenai status pemeriksaan dikendalikan polis, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, 562 individu ditahan semalam berbanding 583 pada Selasa sekali gus menunjukkan terdapat penurunan dari segi tangkapan.
"Jika 3.6 peratus trend penurunan ini menunjukkan pematuhan rakyat kepada perintah, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan sebenarnya ditunggu-tunggu pihak kerajaan kerana rakyat telah pun sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan," katanya.
Sepanjang PKP dilaksanakan sehingga ke hari ini, beliau berkata seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 individu daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.
Tegasnya, sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan semalam melibatkan pemeriksaan terhadap 380,342 kenderaan selain pemeriksaan ke atas 3,791 premis perniagaan.
Sementara itu, ditanya andai kerajaan telah bersedia untuk melanjutkan PKP apabila tamat pada 14 April ini, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diteliti Kementerian Kesihatan terlebih dahulu dengan mengambil kira situasi semasa pada jumlah kes positif COVID-19.
Tegasnya, faktor jumlah individu yang tidak mematuhi PKP itu juga turut diambil kira sebelum sebarang keputusan untuk melanjutkannya dibuat kerajaan.
"Alhamdulillah kalau kita lihat daripada laporan Kementerian Kesihatan trend dari segi jumlah positif tu tidak meningkat tetapi masih mendatar," katanya.
Malaysia, yang pertama kali menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lepas melanjutkan perintah kawalan itu sehingga 14 April dengan prosedur operasi yang lebih ketat, dalam usahanya memerangi wabak COVID-19, selepas fasa pertama berakhir 31 Mac.
Pelaksanaan PKP itu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti, antara lain menyaksikan penguatkuasaan sekatan perjalanan keluar dari negeri masing-masing termasuk ke luar negara, serta tiada aktiviti di rumah ibadat, sekolah dan institut pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020
Meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP. - Foto Bernama
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.